supplement news | berita tambahan | Komunikasi | Tiada | Berita yang ditambah di dalam sesebuah akhbar. Bahagian tambahan ini diedarkan bersama akhbar mingguan atau akhbar-akhbar harian. |
press reception | sambutan akhbar | Komunikasi | Tiada | Majlis untuk meraikan wakil media yang diadakan sebelum sidang akhbar, atau semasa rehat, atau selepas sidang akhbar berlangsung. Matlamat dan cara pengendalian sambutan akhbar tidak banyak berbeza dengan jamuan tengah hari akhbar atau rai akhbar. sambutan media. Lihat juga: jamuan tengah hari akhbar, rai akhbar. |
press council | majlis akhbar | Komunikasi | Tiada | Pertubuhan yang dianggotai oleh pihak akhbar secara sukarela untuk membela nasib bersama. Pertubuhan ini juga memainkan peranan mengawasi perjalanan akhbar bagi meningkatkan imej akhbar di kalangan khalayak. |
rural press | akhbar desa | Komunikasi | Tiada | Akhbar yang diterbitkan di luar bandar bagi keperluan penduduk desa. Akhbar ini bersifat tempatan dan tahap penggunaan bahasanya agak rendah. Pengedaran akhbar ini terhad kepada kawasan yang berkenaan sahaja. |
foreign press | akhbar asing | Komunikasi | Tiada | Akhbar yang berpusat dan diterbitkan di luar negara. Contohnya, akhbar Observer yang berpusat di United Kingdom. |
fourth press theory | empat teori akhbar | Komunikasi | Tiada | Gagasan teori akhbar yang diperkenalkan oleh Fred Siebert, Theodore Peterson dan Wilbur Schramm yang menamakan empat pendekatan teori akhbar iaitu Teori Autoritarian, Teori Kebebasan, Teori Tanggungjawab dan Teori Komunisme. |
forced combination | gabungan paksaan | Komunikasi | Tiada | Dasar yang hanya membenarkan ruang iklan dibeli dalam gabungan akhbar pagi dan akhbar petang. |
press theory | teori akhbar | Komunikasi | Tiada | Teori yang merujuk kepada sistem dan pendekatan pelaksanaan media di sesebuah negara. Teori yang kerap dirujuk ialah empat teori akhbar. Lihat juga: empat teori akhbar. |
international press | akhbar antarabangsa | Komunikasi | Tiada | Akhbar yang bersifat antarabangsa untuk edaran di seluruh dunia. |
newspaper library | perpustakaan akhbar | Komunikasi | Tiada | Tempat di dalam organisasi akhbar yang menyimpan maklumat untuk tujuan rujukan. |