Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.khi.rat] | اخيرة

Definisi : Ar alam tempat kita berada sesudah kita mati, alam yg kekal (sesudah hari kiamat), alam yg baqa; dunia ~ a) dunia dan akhirat; b) (utk) selama-lamanya: minta maaf dunia ~; keakhiratan segala sesuatu yg berkaitan dgn akhirat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.khi.rat] | اخيرة

Definisi : alam yg kekal selepas kehidupan di dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akhirat

Puisi
 

Halia ini tanam-tanaman,
     Di darat jua tumbuhnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
     Akhirat jua akan sungguhnya.


Lihat selanjutnya...(18)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eschatologyeskatologiKesusasteraanTiadaCabang ilmu pengetahuan yang berhubung kait dengan keagamaan khususnya tentang hari kiamat, kehidupan selepas mati atau hari pembalasan. Pengetahuan tentang kiamat dan kehidupan alam akhirat merupakan salah satu aspek penting dalam ajaran kebanyakan agama di dunia dengan doktrin yang tertentu. Keterangan tentang alam akhirat telah menarik minat pengarang kitab kesusasteraan untuk digarap ke dalam bentuk yang lebih kreatif. Tradisi ke - susasteraan Arab-Islam menyaksikan kemunculan banyak kitab sastera yang membicarakan unsur eskatologi. Antara yang terkenal ialah Kitab Haqa�iq wa al-Daqa�iq karangan Abu Layth Samarqandi. Sastera eskatologi berperanan besar dalam mengingatkan manusia tentang alam pembalasan di akhirat. Justeru, karya sebegini mendorong manusia melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. Dalam kesusasteraan Melayu, kisah tentang alam akhirat (dalam kubur, syurga, neraka) banyak ditemui dalam karya saduran daripada kesusasteraan Islam seperti Hikayat Nabi Muhammad Mikraj. Dalam hikayat ter
afterworldakhiratSejarahTiadaTiada
Last JudgementPengadilan AkhiratSejarahTiadaTiada
benevolent bondbon ihsanEkonomiEkonomi IslamBon yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi mengumpul dana daripada pihak awam atas dasar sukarela. Kerajaan meminta orang ramai membeli bon ini atas semangat kecintaan kepada negara atau tanggungjawab terhadap agama dengan harapan mendapat ganjaran di akhirat. Pemegang bon boleh menebus bon ini pada tarikh matang tanpa sebarang keuntungan atau tidak menebusnya sama sekali dan mendermakan terus kepada kerajaan.
tamsiltamsilKesusasteraanTiadaMisalan, umpama atau contoh. Dalam budaya Melayu atau contoh diberikan secara ibarat dan sindiran melalui ungkapan perumpamaan, bidalan, dan pepatah. Ungkapan ini disebut sebagai bahasa kiasan, iaitu bahasa yang memberi teladan dan pengajaran secara perbandingan melalui perlakuan, sifat, atau tabiat alam dan makhluk. Melalui ungkapan ini, pengajaran disampaikan secara tersirat dan memerlukan tafsiran, namun amat berkesan, tajam, dan bersifat intelektual. Contohnya, �diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat�, �kokok berderai-derai, tetapi ekor bergelumang tahi�. Contoh tamsilan yang lebih panjang ditemui dalam Syair Perahu adalah seperti yang berikut: Wahai muda, kenali dirimu Ialah perahu tamsil tubuhmu, Tiadalah berapa lama hidupmu, ke akhirat jua kekal diammu. Hasil muda arif budiman, Hasilkan kemudi dengan pedoman, Alat perahumu jua kerjakan, Itulah jalan membetuli insan, Muaranya dalam, ikan pun banyak, Disanalah perahu karam dan rosak, Karangnya tajam seperti tombak, Ke atas pasir kam

Kembali ke atas