catastrophe | malapetaka; katastrofa | Kesusasteraan | Tiada | 1. Katastrofa: Peringkat akhir dalam aksi menurun, mematikan konflik dramatik, menyelesaikan plot dan mengandungi aksi-aksi yang diakibatkan oleh klimaks. |
action cutting | pemotongan aksi | Komunikasi | Tiada | Teknik penyuntingan yang menumpukan kepada proses penceritaan yang cepat dan padat dengan memberi tumpuan kepada aksi-aksi utama. |
perlocutionary | perlokusionari | Kesusasteraan | Tiada | Aksi linguistik yang berlaku ketika ujaran yang mempunyai tujuan dan kesan antara perorangan dan sosial. Perlokusioneri dikaitkan dengan teori aksi pertuturan yang diperkenalkan oleh J.L. Austin (1961). Aksi pertuturan dibahagikan kepada tiga jenis: Pertama, aksi lokusionari iaitu aksi percakapan. Kedua, aksi ilokusionari, iaitu aksi yang dilakukan melalui percakapan. Ketiga, aksi perlokusionari, iaitu kesan percakapan menerusi aksi ilokusionari terhadap pendengar seperti rasa geli hati, takut, atau tertekan. Komunikasi bukan verbal seperti reaksi muka dan pergerakan badan juga mempunyai kuasa perlokusionari kerana mampu menimbulkan kesan rasa tertarik, bosan, atau menyakitkan hati. Dalam teori aksi pertuturan dan bidang disiplin lain, seperti pragmatik dan penekanan, perlokusionari biasanya melibatkan tujuan komunikasi atau kuasa ilokusionari komunikasi tersebut. Kesan perlokusionari percakapan pula kurang diberikan penekanan kerana orang yang bercakap biasanya tidak dapat mengawal kesan perlokusionari pende |
action packed | penuh aksi | Komunikasi | Tiada | Cerita atau lakonan yang mengandungi unsur-unsur ketangkasan dan pergerakan yang pantas seperti dalam adegan peperangan, penyiasatan, pembunuhan dan sebagainya. Biasanya, cerita jenis ini selalu dikaitkan dengan aksi-aksi yang ganas. |
turning point | detik perubahan | Kesenian | Drama dan Teater | Titik perubahan atau peralihan peristiwa dalam plot drama yang boleh berlaku sebelum aksi meningkat atau aksi menurun. Aksi atau peristiwa akan menentukan perubahan besar dalam plot. Detik perubahan boleh menukar kepantasan peristiwa dan arah peristiwa. |
action replay | ulang aksi | Komunikasi | Tiada | Proses menayangkan semula sesuatu aksi yang telah berlaku. Contohnya, aksi seorang pemain bola sepak yang telah berjaya menjaringkan bola ke dalam gol. Aksi ini akan ditayangkan semula untuk beberapa saat. Pada masa yang sama, permainan bola sepak tersebut masih diteruskan. Lihat juga: ulang tayang segera. |
unity | kesatuan | Kesusasteraan | Tiada | Konsep menghubungkan atau menggabungkan karya sastera supaya menjadi keseluruhan yang sebati dan padu. Dalam drama, konsep penggabungan ini berlaku pada aksi, masa, dan tempat. Gabungan aksi ialah aksi utama tanpa subplot, watak dan latar. Gabungan masa ialah jangka masa sehari semalam, manakala gabungan tempat ialah lokasi yang dapat dikunjungi watak dalam satu hari. Konsep ini pertama kali dibincangkan oleh Aristotle dalam karya Poetics dan dimantapkan sebagai prinsip drama pada tahun 1570. Konsep ini diterima di sesetengah tempat di Eropah. Contohnya di Perancis, konsep ini diguna pakai selama 200 tahun, tetapi di England dan Sepanyol, konsep ini tidak diberikan perhatian. Namun penulis seperti Shakespeare tidak mematuhi konsep ini. Dramatis tersohor ini tidak mengambil kira keperluan atau pentingnya konsep kesatuan ini dalam pengkaryaannya. |
action | aksi | Kesusasteraan | Tiada | Gerak laku atau tindakan seseorang watak yang sengaja dibuat-buat, sama ada dalam cerita filem, drama, atau cerita rekaan. Aksi merupakan rentetan peristiwa yang bergerak melalui masa, yang mempunyai kesatuan dan makna. Kesatuan dan makna bermaksud aksi yang bergerak mengarah kepada penyudahan yang dapat menyelesaikan sesuatu konflik. Rentetan peristiwa yang saling bersambungan itu bergerak secara logik melalui tiga peringkat, iaitu permulaan, pertengahan, dan pengakhiran. Aksi berasal daripada bahasa Latin actus.,Gerak laku atau tindakan seseorang watak yang sengaja dibuat-buat, sama ada dalam cerita filem, drama, atau cerita rekaan. Aksi merupakan rentetan peristiwa yang bergerak melalui masa, yang mempunyai kesatuan dan makna. Kesatuan dan makna bermaksud aksi yang bergerak mengarah kepada penyudahan yang dapat menyelesaikan sesuatu konflik. Rentetan peristiwa yang saling bersambungan itu bergerak secara logik melalui tiga peringkat, iaitu permulaan, pertengahan, dan pengakhiran. Aksi berasal daripada baha |
point of action | detik aksi | Kesenian | Drama dan Teater | Saat bermulanya sesuatu aksi dalam penulisan drama dan lakonan yang merubah aksi sebelumnya. |
action field | medan aksi | Komunikasi | Tiada | Kawasan penggambaran yang mempunyai ruang aksi yang diliputi oleh kamera. Bagi sesiapa yang tidak terlibat secara langsung dengan penggambaran tersebut, mereka tidak dibenarkan berada di kawasan medan aksi. |