allergy | alergi | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Tindak balas tisu yang berubah secara luar biasa yang selalunya disebabkan oleh sentuhan protein asing dengan tisu badan yang sensitif. Alergi makanan lebih kerap berlaku di kalangan bayi. Alergi berpunca daripada pengambilan makanan seperti telur, susu, ikan, gandum dan beberapa jenis buah-buahan. Tanda-tanda alergi termasuk asma, sakit perut, ruam, dan gatal-gatal. Sinonim alahan. |
allergy | alergi | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Tindak balas luar biasa yang selalunya disebabkan oleh sentuhan protein alergen dengan tisu badan yang sensitif. Alergi berpunca daripada pengambilan makanan seperti telur, susu, ikan dan gandum. Tanda-tanda alergi termasuk ruam, gatal-gatal dan asma. Sinonim alahan. |
allergi reaction | tindak balas alergi | Biologi | Histologi dan Sitologi | Tindak balas badan dan sel yang mengeluarkan bahan kimia akibat serangan antigen, misalnya patogen, debu, makanan tertentu dan lain-lain yang tidak bersesuaian. Pada orang yang tidak alergi, bahan tersebut dimusnahkan, tetapi pada orang yang alergi bahan tersebut merangsang pembentukan histamina dan seterusnya menyebabkan bengkak. |
allergic conjunctivitis | konjunktivitis alergi | Perubatan | Tiada | Tindak balas alergi konjunktiva yang dikaitkan dengan demam jerami |
allergic protein | protein alergi | Perubatan | Tiada | Protein yang menyebabkan tindak balas alergi |
allergic sinusitis | sinusitis alergi | Perubatan | Tiada | Radang epitelium sinus akibat tindak balas alergi |
allergic encephalomyelitis | ensefalomielitis alergi | Perubatan | Tiada | Ensefalomielitis yang disebabkan oleh tindak balas alergi terhadap antigen yang dimasukkan ke dalam badan |
allergic disease | penyakit alergi | Perubatan | Tiada | Penyakit yang dikaitkan dengan tindak balas alergi |
allergic rhinitis | rinitis alergi | Perubatan | Tiada | Radang membran mukus hidung akibat tindak balas alergi |
allergic neuritis | neuritis alergi | Perubatan | Tiada | Radang saraf yang disebabkan oleh tindak balas alergi |