creep (amalgam) | jalaran (amalgam) | Pergigian | Tiada | Fenomena cacat bentuk yang terjadi akibat tekanan malar dalam jangka masa yang lama. Kejadian ini berlaku kepada restorasi amalgam yang mengakibatkan amalgam bergerak keluar dari pinggir kaviti. Pergerakan ini disebabkan sifat kandungan bahan dalam amalgam. Jalaran amalgam ini boleh mengakibatkan restorasi amalgam terfraktur di pinggir disebabkan amalgam tersebut nipis. Fenomena ini boleh dikurangkan dengan mengurangkan komposisi zink di dalam aloi amalgam. |
gold amalgam | amalgam emas (amalgam aurum) | Kimia | Tiada | Emas yang mengandungi lebih kurang 60% merkuri. |
condensation of amalgam | pemadatan amalgam | Pergigian | Tiada | Proses meletakkan dan memampat amalgam ke dalam kaviti yang telah disediakan dengan menggunakan kondenser. Jika amalgam tidak dipadat dengan baik, ia akan berliang dan restorasi amalgam tersebut akan lemah. Sekiranya liang terbentuk di permukaan, restorasi amalgam ini tidak dapat digilap dengan baik. |
copper amalgam | amalgam kuprum | Perubatan | Tiada | Amalgam berbentuk gentelan mengandungi 60-70 peratus merkuri dan 30-40 peratus kuprum dan untuk pengrestorasian gigi desidus. |
amalgam | amalgam | Perubatan | Tiada | Campuran logam yang mengandungi logak raksa sebagai salah satu juzuknya. Contohnya amalgam gigi, iaitu campuran perak, timah, raksa, sedikit tembaga dan zink yang digunakan untuk menampal gigi. |
zinc amalgam | amalgam zink | Kimia | Tiada | Aloi yang terdiri daripada campuran merkuri dan zink. Amalgam ini digunakan dalam bateri elektrik dan sebagai agen penurunan. |
amalgam ditching | peparitan amalgam | Pergigian | Tiada | Pembentukan ruang di antara amalgam dengan pinggir kaviti gigi disebabkan proses pengecutan amalgam, kehausan, fraktur atau penyediaan gigi yang tidak baik. Pembentukan peparitan ini menyebabkan sisa makanan mudah terlekat dan boleh berlakunya karies sekunder. |
amalgam restoration | restorasi amalgam | Pergigian | Tiada | Tampalan pada gigi dengan menggunakan amalgam yang terdiri daripada sebatian aloi logam dan merkuri. Restorasi amalgam tidak begitu estetik tetapi tahan lama dan kuat. |
amalgam | amalgam | Fizik | Tiada | Tiada |
amalgam | amalgam | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |