discretionary trust | amanah budi bicara | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sejenis amanah yang membolehkan pemegang amanah menggunakan budi bicara dalam pembahagian pendapatan kepada benefisiari. |
bai‘ amanah | jual beli amanah | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli yang menyatakan unsur kos di dalam kontrak dan penjual hendaklah menyatakan kos yang sebenar. Contohnya, dalam akad jual beli bai‘ murabahah, harga ditetapkan berdasarkan kos ditambah dengan untung. Maka, kos tersebut ialah kos yang sebenar. Contoh lain bagi bai‘ amanah ialah bai‘ tauliah, bai‘ wadhi’ah dan bai‘ isyrak. |
Amanah Ikhtiar Malaysia | Amanah Ikhtiar Malaysia | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sebuah institusi kewangan mikro yang khusus ditubuhkan di Malaysia untuk membasmi kemiskinan melalui penyediaan pinjaman tanpa faedah. Modalnya diperoleh daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia. Antara skim pinjaman yang ditawarkan ialah skim pembiayaan penyayang, skim pembiayaan ibu tunggal dan skim pembiayaan bestari. Penerima skim ini perlu memenuhi syarat tertentu seperti tingkat pendapatan yang rendah, membentuk kumpulan dan mengikuti latihan kemahiran yang diperlukan. |
Amanah Saham Bank Islam | Amanah Saham Bank Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Dana unit amanah Islam yang dikelolakan oleh BIMB Holdings Berhad. Tujuannya adalah untuk menyediakan ruang saluran bagi pelabur mengumpulkan dana yang diuruskan oleh BIMB Securities Sdn. Bhd. dan melaburkannya dalam syarikat yang diluluskan oleh syariah. |
funded trust | amanah terbiaya | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Syarikat insurans hayat biasanya tidak boleh bertindak sebagai pemegang amanah atau penjaga atau menggunakan pertimbangan mereka semasa membuat pembayaran kepada waris. Dalam beberapa kes adalah dinasihatkan supaya prosid polisi dibayar kepada syarikat amanah, diagihkan di bawah syarat-syarat perjanjian amanah dan dengan ini memberi kelonggaran dalam pengagihan prosid. Pemegang amanah tidak hanya diberi kuasa ke atas polisi dan prosid tetapi juga sekuriti atau lain-lain harta untuk menyediakan dana bagi membayar premium. |
irrevocable trust | amanah tak boleh mansuh | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Amanah yang tidak boleh dibatalkan oleh yang membuat amanah berkenaan. |
inter-vivos trust | amanah inter-vivos | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Amanah yang melibatkan orang yang masih hidup. Contoh: tabung amanah yang disediakan oleh seorang bapa untuk anaknya sewaktu bapa itu masih hidup. |
trusteeship council | majlis pemegang amanah | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Sistem pemegang amanah PBB yang telah menggantikan Sistem Mandat Liga Bangsa (LBB). Di bawah sistem ini, PBB melalui majlis pemegang amanah melantik negara tertentu untuk mentadbir wilayah yang penduduknya dianggap masih tidak berupaya memerintah sendiri. Wilayah yang ditadbir melalui sistem ini ialah negara bekas jajahan kuasa yang kalah dalam Perang Dunia Kedua. Antara negara bekas jajahan tersebut ialah Rwanda, Burundi, Tanzania, Togoland, Cameroon, Naurau dan Somalia. Pada 1 November 1994, majlis ini menangguhkan operasinya selepas Palau, iaitu wilayah terakhir yang ditadbir oleh sistem ini mencapai kemerdekaan pada 1 Oktober 1994. |
life insurance trust | amanah insurans hayat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi insurans hayat yang menamatkan syarikat amanah sebagai waris dan mengagihkan prosid daripada polisi tersebut mengikut syarat perjanjian amanah. |
trust pawned item | barang gadaian amanah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Barang yang diamanahkan kepada pegadai yang dijadikan barang gadaian. Antara contoh barang amanah ialah barang yang disewa, harta syarikat, harta mudarabah dan harta titipan. Barang amanah boleh digadai sekiranya mendapat keizinan daripada pemiliknya. |