Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mengamati, mengamat-amati 1. memerhatikan benar-benar, melihat dgn teliti: ia ~ muka tunangannya; 2. meneliti, meng­awasi: segala gerak-geri orang yg dicurigai diamat-amati oleh polis; pengamatan, pengamat-amatan peng­awas­an, penelitian: drpd ~ saya yg sungguh-sungguh, saya mendapat kesan bahawa dialah yg bersalah; pengamat pengawas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; mengamati 1 melihat dgn teliti: Beliau telah ~ gambar itu utk mengetahui yg manakah gambar adiknya. 2 memperhatikan sesuatu dgn sungguh-sungguh; mengawasi: Pihak polis sedang ~ setiap gerak-geri mereka. pengamatan perbuatan atau hal mengamati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amat II


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
decision makingpembuatan keputusanPentadbiranPentadbiran Awam

Proses atau tindakan mengambil ketetapan bagi sesuatu perkara atau isu. Pembuatan keputusan merupakan satu perkara yang amat penting dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. Setiap keputusan yang diambil mestilah profesional, rasional, bijaksana, tepat, adil dan saksama serta tidak bias kepada mana-mana pihak. Ini kerana setiap keputusan akan mempengaruhi segala aktiviti, rancangan dan perjalanan sesebuah organisasi. Dalam proses pembuatan keputusan, beberapa perkara perlu dikenal pasti iaitu, (i) Penyataan masalah dan pengumpulan maklumat, (ii) Mencari alternatif, (iii) Meramalkan kemungkinan yang akan berlaku dan merancang perkara-perkara di luar jangkaan, dan (iv) Membuat ketetapan, menentukan risiko dan ganjaran yang akan diterima. Antara beberapa masalah yang biasa berlaku berhubung dengan proses pembuatan keputusan iaitu kelewatan, penyelewengan, kekaburan dan ketidakpastian.

rainhujanMeteorologiMeteorologi Perhubungankerpasan dalam bentuk titisan air yang mempunyai diameter yang melebihi 0.5 mm atau kurang daripada 0.5 mm, sekiranya kerpasan ini tersebar luas. Bagi tujuan pencerapan, keamatan hujan pada sebarang ruang dan masa tertentu boleh dikelaskan seperti yang berikut: i. amat renyai; titisan yang tersebar dan tidak membasahi permukaan sepenuhnya walaupun turun berterusan; ii. renyai; titisan yang kadar curahannya di antara 0.1 mm/jam hingga 2.5 mm/jam, dan kadar curahan tidak melebihi 0.25 mm dalam tempoh 6 minit; iii sederhana; titisan yang kadar curahannya antara 2.5 mm/jam hingga 7.5 mm/jam; iv. lebat; titisan yang kadar curannya melebihi 7.5 mm/jam.

Kembali ke atas