amylolytic enzyme | enzim amilolitik | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Enzim yang boleh menghidrolisis kanji dan glikogen kepada hasil yang larut iaitu maltosa dan dekstrin. Contoh, ?-amilase, ?-amilase, dan amilase pankreas. |
amylase | amilase | Bioteknologi | Tiada | Enzim yang menghidrolisis kanji atau glikogen. Enzim ini terdiri daripada dua jenis, iaitu α-amilase dan β-amilase. Enzim α-amilase mengurangkan kelikatan larutan kanji dengan cara menyerang ikatan glukosa di dalam molekul kanji secara rawak untuk menghasilkan oligomer, manakala enzim β-amilase memangkini penyingkiran dua unit glukosa daripada hujung rantai amilosa atau rantai sisi amilopektin. Enzim ini dapat dihasilkan oleh kulat Rhizopus dan Aspergillus atau bakteria, seperti Bacillus licheniformis dan B. subtilis. |
salivary amylase | amilase liur | Biologi | Fisiologi | Sekumpulan enzim amilase yang terdapat di dalam liur yang berfungsi menghadamkan kanji menjadi maltosa. Ia terdiri daripada dua jenis enzim, iaitu �-amilase dan b-amilase. |
amylase | amilase | Veterinar | Praklinikal | Enzim yang menghidrolisis karbohidrat kepada glukosa; maltosa dan dekstrin. Amilase air liur ialah ptialin dan amilase pankreas ialah amilopsin. Sesetengah mamalia seperti kuda; anjing dan kucing tidak mempunyai enzim ini dalam air liur. Enzim ini penting dalam pencernaan untuk menguraikan karbohidrat sebagai sumber tenaga. |
amylase | amilase | Kimia | Biokimia | Kumpulan enzim yang memangkini hidrolisis kanji kepada maltosa. Kumpulan enzim ini terdiri daripada dua enzim, iaitu enzim α-amilase yang memangkini hidrolisis ikatan α -I, 4-glikosida polisakarida yang terdiri daripada unit-unit glukosa, dan enzim β–amilase yang memangkini hidrolisis polisakarida bermula dari penghujung bukan penurunan dan menceraikan unit-unit maltosa. enzim embolisis bd. diastase. |
?-amylase | ?-amilase | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Endoenzim yang memecahkan ikatan glikosidik ?-1,4 amilosa dan amilopektin dalam bentuk rawak kepada molekul kecil dekstrin. ?-amilase terdapat dengan meluas dalam tumbuhan dan haiwan. |
amylase | amilase | Perubatan | Tiada | Enzim yang menghidrolisis kanji atau glikogen kepada gula yang dihasilkan oleh kelenjar liur dan pankreas. |
amylase | amilase | Perubatan | Tiada | Enzim yang menghidrolisis kanji atau glikogen kepada gula yang dihasilkan oleh kelenjar liur dan pankreas. |
amylase | amilase | Kimia | Tiada | Enzim yang menghidrolisis kanji atau glikogen kepada gula yang dihasilkan oleh kelenjar liur dan pankreas. |
amylase | amilase | Pertanian | Tiada | Enzim yang menghidrolisis kanji atau glikogen kepada gula yang dihasilkan oleh kelenjar liur dan pankreas. |