Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amina


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
amineaminaVeterinarTiadaSebarang sebatian organik yang dibentuk daripada ammonia dengan menggantikan satu atau lebih atom hidrogen dengan radikal organik. Amina boleh dikelaskan sebagai amina primer, amina sekunder atau amina tertier berdasarkan dua atau tiga atom hidrogen yang digantikan. Semua amina bersifat bes. Contoh amina ialah metilamina. Formula: (R-NH2). R ialah kumpulan alkil atau aril.
aliphatic aminesamina alifatikKimiaForensikSebatian organik berbes dengan kumpulan berfungsi amino (-NH2) terikat pada rantai karbon linear atau bercabang. Sebatian ini terbahagi kepada amina alifatik primer (formula am, R-NH2), amina alifatik sekunder (formula am, R2NH), amina alifatik tertier (formula am, R3N), dan amina alifatik kuarterner (formula am, R4,N+). Contohnya, metanamina (CH3NH2) dan etanamina (CH3CH2NH2).
amineaminaKimiaTiadaKumpulan sebatian organik yang mempunyai radikal –NH2, -NH, atau –N- sebagai ciri utamanya, formula am RNH2, R2NH, atau R3N (R ialah alkil dan/atau aril), berbentuk gas atau cecair yang tidak berwarna, bau ciriannya seperti ikan busuk, dan jika larut di dalam air, membentuk bes lemah. Amina terbahagi kepada amina primer, RNH2, sekunder, R2Nh dan tertier, R3N. Dalam industri, sebatian jenis ini disediakan secara tindak balas ammonia dengan alkil halida. Amina primer bertindak balas dengan asid nitrus untuk membentuk sebatian diazo, dan amina digunakan dalam sintesis bahan organik lain. Misalnya, metilamina (aminometana), CH3NH2, dimetilamina (N-metilaminometana) (CH3)2NH dan trimetilamina (N,N-dimetilaminometana), (CH3)3N.
emergency locator transmitter (ELT)pemancar lokasi kecemasanAeroangkasaTiada.,Jidar pergerakan pusat graviti pesawat udara yang diukur dari titik neutral semasa pesawat udara berada dalam keadaan kestabilan membujur statik. Ia diungkapkan dalam peratusan perentas aerodinamik min.,Peraturan penerbangan yang menggunakan kaedah pandang apabila cuaca baik dan penerbangan pada altitud rendah.,.,Sebarang sebatian organik yang dibentuk daripada ammonia dengan menggantikan satu atau lebih atom hidrogen dengan radikal organik. Amina boleh dikelaskan sebagai amina primer, amina sekunder atau amina tertier berdasarkan dua atau tiga atom hidrogen yang digantikan. Semua amina bersifat bes. Contoh amina ialah metilamina. Formula: (R-NH2). R ialah kumpulan alkil atau aril.
elevonelevonAeroangkasaTiadaSatu permukaan pada sayap yang menggabungkan fungsi aileron dan elevaor, lazimnya terdapat pada pesawat udara tidak berekor.,Tekanan supersonik tempatan dibahagi dengan tekanan dinamik.,Waktu yang diselaraskan dengan jam yang berfungsi dengan seragam, sesama yang mungkin dengan waktu universal 2.,Satu permukaan pada sayap yang menggabungkan fungsi aileron dan elevaor, lazimnya terdapat pada pesawat udara tidak berekor.,Sebarang sebatian organik yang dibentuk daripada ammonia dengan menggantikan satu atau lebih atom hidrogen dengan radikal organik. Amina boleh dikelaskan sebagai amina primer, amina sekunder atau amina tertier berdasarkan dua atau tiga atom hidrogen yang digantikan. Semua amina bersifat bes. Contoh amina ialah metilamina. Formula: (R-NH2). R ialah kumpulan alkil atau aril.
amineaminaHerbaFitokimiaKumpulan sebatian terbitan ammonia yang mempunyai satu atau lebih kumpulan alkil atau aril yang terikat pada atom nitrogen. Kumpulan sebatian ini bersifat bes lemah dan boleh dikelaskan kepada amina primer, sekunder atau tertier bergantung pada bilangan kumpulan pengganti yang terikat pada atom nitrogen. Contoh sebatian amina semula jadi ialah asid amino dan alkaloid.
biogenic amineamina biogeniPerubatanTiada2. Amina yang terjana daripada proses biologi.
alkyl aminealkil aminaKimiaTiadaAmina yang mengandungi radikal alkil.
aryl aminearil aminaKimiaTiadaAmina yang mengandung radiakl aril yang bercantum pada nitrogen amino.
peroxide-amine systemsistem peroksida aminaPerubatanTiadaSistem dua komponen, iaitu peroksida dan amina yang digunakan untuk menghasilkan radikal bebas yang akan memulakan pempolimeran vinil.
12345678

Kembali ke atas