suckling period | tempoh menyusu | Veterinar | Tiada | Jangka masa anak haiwan menyusu. Contohnya, anak kambing atau anak lembu pedaging menyusu selama tiga bulan selepas ibunya melahirkan anak. Anak lembu dan kambing tenusu pula diberi tempoh selama 3-7 hari untuk menyusu sebelum dipisahkan daripada ibunya. |
الإحتضان | penjagaan anak | Agama Islam | Fiqh | Hak jagaan anak-anak yang belum mencapai umur akil baligh. |
living children | anak-anak yang hidup | Sosiologi | Tiada | Tiada |
pinnate | pinat | Herba | Botani dan Bioteknologi | Bentuk daun majmuk yang anak-anak daunnya tersusun pada satu rakis. Contohnya, daun cermai (Phyllanthus acidus) dan daun dukung anak (Phyllanthus niruri). |
progeny | progeni | Herba | Botani dan Bioteknologi | Anak-anak yang terhasil melalui pembiakan induk tumbuhan. |
birth order | urutan kelahiran | Sosiologi | Tiada | Urutan kelahiran anak-anak di dalam sesuatu keluarga yang dapat dilihat daripada umur relatif mereka. |
bareboat charter | carter kapal kosong | Pelayaran | Tiada | Penyewaan kapal tanpa anak-anak kapal atau kelengkapan, yang penyewa perlu sediakan semuanya termasuk pembaikan. |
lipur lara | lipur lara | Kesusasteraan | Tiada | 1. Cerita tentang istana dan anak-anak raja yang gagah dan tampan yang harus menempuh berbagai dugaan untuk mendapatkan seorang puteri cantik jelita, senjata sakit, ubat penawar dan sakit berakhir dengan kegembiraan. Contoh: Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Jaka Tarub. |
empty nest syndrome | sindrom sarang kosong | Sosiologi | Tiada | Satu keadaan yang terjadi apabila anak-anak meninggalkan keluarga setelah mencapai umur dewasa. |
family takaful plan for education | pelan takaful keluarga untuk pelajaran | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pelan tabungan bagi membiayai pelajaran tinggi anak-anak peserta sekiranya peserta meninggal dunia. Mengikut pelan ini, anak yang dinamakan dalam sijil takaful hanya akan menerima manfaat takaful apabila menjangkau umur 18 tahun sekiranya peserta meninggal dunia sebelum tarikh matang sijil. Di samping itu, peserta juga mendapat perlindungan takaful untuk kemalangan diri, keilatan kekal seluruh badan dan pembiayaan kos rawatan hospital. |