Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : batu kecil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak batu

Puisi
 

Anak kodok di atas batu,
     Anak bubut patah kaki;
Berdagang hidup sementara waktu,
     Bercerai maut berpisah abadi.


Lihat selanjutnya...(20)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mill (to)gilingPentadbiran PerniagaanTiadaMenghancurkan atau melumatkan rempah dan lain-lain dengan batu giling dan anak batu giling.
flintflinArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBatuan yang terdiri daripada silika yang dijumpai pada mendapat batu kapur. Batuan ini banyak ditemui di Eropah untuk menghasilkan alatan batu kerana kekerasannya yang rendah dan mudah untuk menghasilkan alat seperti mata tombak, pengikis, anak panah dan bilah. Batuan ini juga dikenali sebagai batu api kerana batu ini digunakan untuk menghasilkan percikan api. Batuan ini juga pernah digunakan sebagai bahan dagangan di Amerika Syarikat.
feeder creekcaruk pembekalPerikananTiadaAnak sungai yang mengalirkan air ke sungai atau tasik. Anak sungai ini mempunyai tebing yang biasanya berbatu-batu dan menjadi tempat ikan berlindung serta mencari makanan.
valley topographytopografi lembahLandskapTiadaRupa bentuk muka bumi di kawasan lembah yang bercerun, berbatu-batu dan juga mempunyai anak sungai di bawahnya.
pressure flakingserpih tekanSejarahTiadaTeknik membentuk alatan batu dengan menyepit batuan kecil, tulang atau kayu khususnya bagi senjata tipis seperti kepala anak panah dan sebagainya.
familykeluargaGeologiTiada1. Sekumpulan persaudaraan darah atau ibu bapa dengan anak-anaknya. 2. Dalam pengelasan biologi, suatu pembahagian di antara tertib, dan trib/suku atau genus. 3. Kategori yang membahagikan subkumpulan-subkumpulan tanih dan batu kepada kelas-kelas tertentu.
household talecerita nenekKesusasteraanTiadaCerita dewa-dewi yang disampaikan secara tradisi lisan oleh ahli keluarga sebagai hiburan di rumah. Cerita nenek biasanya mempunyai unsur pengajaran dan nilai moral yang disampaikan oleh ibu atau bapa kepada anak-anaknya. Cerita nenek dikemukakan oleh Jakob Ludwing Carl dan abangnya Wilhelm carl, iaitu Hansem and Gretelm The Frog Prince, Grimm�s Fairy Tales dan Snow White and the Seven Dwarfs. Contoh tempatan yang popular ialah �Batu Belah batu Bertangkup� dan �Bawang Putih, Bawang Merah�.
ripperriperKejuruteraanTiada1. Perkakas penyabak yang mempunyai tangkai engkol dan bilah panjang dan pipih yang hujungnya menirus berbentuk anak panah, digunakan untuk membuang sabak dengan memotong paku pemasang.,2. Perkakas udara mampat seperti gerudi batuan berat, yang mempunyai mata untuk memecahkan jalan dan kerja batu. Sinonim: pemecah konkrit; pemecah jalan.,3. Traktor yang mempunyai gigi keluli yang besar di belakanggnya, digunakan untuk memecahkan tanah jika tidak terlalu keras.
dabusdabusKesusasteraanTiadaSejenis tarian rakyat yang terdapat di Perak, Dabus ditarikan oleh 15 � 18 orang penari. Tarian ini dipersembahkan semasa temasya perkahwinan, pesta pertabalan dan upacara keagamaan. Terdapat dua bahagian dalam tarian ini. Pertama, penari bergerak mengikut rentak gendang sambil menggoncang anak dabus. Kedua, penari berada dalam keadaan separa lupa sambil mencucuk lengan masing-masing dengan anak dabus dibiarkannya bergantung di lengan. Tarian ini dipercayai berasal dari Parsi dan dibawa ke Sumatera pada kurun ke-18. Seterusnya, tarian ini dibawa ke Pasir panjang, Setiawan, perak oleh seorang nakhoda kapal bernama Nakhoda Lombong dari Batu Bara, Acheh. Dabus berasal daripada perkataan Bugis yang bererti �Lembing tajam�. Dabus dikenali juga sebagai anak dabus yang dipegang oleh penari semasa mereka menari.
haemoglobinureahemoglobinureaVeterinarTiadaKewujudan pigmen darah iaitu hemoglobin di dalam air kencing yang disebabkan oleh pemecahan sel darah di dalam salur darah atau di dalam laluan air kencing sehingga air kencing berwarna merah gelap atau coklat. Hemoglobinurea boleh terjadi semasa leptospirosis pada anak lembu, penggunaan mil isirung kelapa sawit (PKC) yang terlalu tinggi dalam makanan biri-biri dan akibat batu ginjal pada ternakan jantan dewasa.

Kembali ke atas