Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : anak kpd isteri atau suami (seseorang) drpd perkahwinannya yg terdahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : anak kpd isteri atau suami drpd perkahwinan yg terdahulu. menganaktirikan memperlakukan spt anak tiri (biasanya tidak disayangi): Ani dianaktirikan walaupun dia rajin membuat kerja-kerja rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : anak kpd suami atau isteri hasil drpd perkahwinannya yg terdahulu (bukan darah daging sendiri); (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak tiri

Puisi
 

Di tepi sungai ramai pemuda,
     Menangguk ikan di air keruh;
Apa salah berbini janda,
     Anak tiri boleh disuruh.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Anak kandung ditimang-timang,
     anak tiri ditengking-tengking.

Bermaksud :

Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stepchildanak tiriKependudukanTiadaTiada
stepchildrenanak tiriSosiologi KeluargaTiada-
dependent coverageperlindungan tanggunganPentadbiran PerniagaanTiadaPerlindungan insurans ke atas ketua keluarga untuk faedah tanggungannya, termasuk isteri atau suami yang sah dan anak di bawah umur tertentu, belum berkahwin dan belum mempunyai kerja tetap. Anak tersebut termasuk anak tiri, dan anak angkat.
prediction/ forecastramalanKesusasteraanTiadaJalan cerita atau perwatakan yang dapat dijangkakan oleh pembaca. Contohnya, sesuatu cerita boleh diramalkan sekiranya jalan ceritanya biasa atau lumrah bagi pembaca. Contohnya, dalam kebanyakan cereka Melayu, lelaki berumur yang berjawatan tinggi sering digambarkan sebagai seorang yang suka berpoligami. Kadang-kadang, bayangan depan sangat ketara sehingga pembaca dapat meneka perkara yang akan berlaku seterusnya. Unsur suspens yang ingin diwujudkan oleh pencerita tidak kesampaian. Dari segi perwatakan watak stereotaip seperti emak tiri (ibu garang yang selalu mendera anak tiri) dan nenek kebayan adalah beberapa potret yang dapat diramalkan oleh pembaca sehingga tiada lagi kejutan yang dapat dilakukan penulis. Contohnya, dalam novel berjudul Mereka yang Tertewas oleh Hasanudin Md. Isa. Novel ini mengisahkan watak Lebai Pa yang distereotaipkan sebagai seorang alim dan kuat agama yang ingin menyedarkan masyarakat sekelilingnya untuk kembali ke jalan Allah SWT.

Kembali ke atas