only child | anak tunggal | Sosiologi | Tiada | Tiada |
gene | gen | Psikologi | Psikologi Umum | Satu bahagian atau kawasan kecil dalam rantaian kod asid deoksiribonukleik (DNA) yang membawa maklumat untuk pertumbuhan organisma hidup yang dihasilkan melalui proses persenyawaan. Setiap individu mempunyai lebih kurang 40,000 gen bagi menentukan ciri fizikal seperti warna mata, rambut, bentuk paras rupa dan warna kulit. Terdapat juga antara ciri tersebut ditentukan oleh gen tunggal tetapi dalam kebanyakan kes, sifat manusia dikawal oleh himpunan gen atau poligen. Gen boleh bersifat dominan atau resesif. Ciri ibu atau bapa yang dikawal oleh gen dominan akan diperturunkan kepada anak-anak mereka, sementara gen resesif hanya akan muncul apabila ketiadaan gen dominan. Contohnya, dalam rabun warna, gen dominan dapat mengelakkan anak daripada dijangkiti penyakit ini. Walau bagaimanapun, sekiranya gen dominan tidak ada, maka anak tersebut akan menghidapi buta warna. |
ramens | raments | Biologi | Genetik | Tunas yang boleh berpisah daripada tumbuhan atau haiwan dan menghasilkan anak secara aseks yang seiras antara satu sama lain dan dengan induknya. Anak spesifik terhasil melalui penunasan aseks daripada organisma leluhur tunggal. |
concept testing | pengujian konsep | Komunikasi | Korporat | Kaedah kajian khalayak untuk menilai strategi kreatif sesuatu konsep pengiklanan. Penyediaan sesuatu kempen pengiklanan memerlukan konsep yang bukan sahaja bersesuaian dengan imej syarikat yang menghasilkan barangan tetapi perlu bersesuaian dengan penerimaan khalayak sasaran iklan semasa. Kaedah ini mengandaikan sekiranya terdapat keserasian konsep antara barangan dengan penerimaan khalayak, maka hasil keberkesanan iklan adalah tinggi. Oleh itu, ujian ini dianggap kritikal dalam proses pengiklanan. Contohnya, iklan penjenamaan imej syarikat petroleum semasa musim perayaan. Syarikat ini diuar-uarkan sebagai syarikat yang mesra keluarga semasa masyarakat sedang memperkatakan tentang isu ibu bapa tunggal. Pihak pengiklan menggunakan isu ini untuk menarik perhatian khalayak dengan melambangkan seorang ibu yang terpaksa meminta bantuan anak-anak untuk mewujudkan kemeriahan sambutan hari raya. Melalui iklan ini, ditonjolkan autoriti penjaga, kesepaduan hubungan adik-beradik, kesediaan memikul tanggung-jawab, hormat |
stem family | keluarga tenggek | Gerontologi | Tiada | Keluarga yang terdiri daripada seorang anak lelaki yang tinggal dengan ibu bapa dan biasanya akan menjadi pewaris tunggal harta keluarga. |
nontraditional family | keluarga tak tradisi | Kejururawatan | Tiada | Keluarga yang ibu bapa tidak tinggal serumah disebabkan perceraian atau kematian. Oleh itu, anak akan tinggal dengan ibu atau bapa tunggal, nenek atau datuk, atau ibu bapa angkat. |
protoplast fusion | pertaupan protoplas | Bioteknologi | Tiada | Teknik yang digunakan untuk menghasilkan organisma hibrid melalui pencantuman dua protoplas daripada tumbuh-tumbuhan yang berlainan. Protoplas ini ditaupkan untuk menghasilkan sel tunggal yang diaruh untuk membentuk dinding sel baru, tisu kalus dan akhirnya tumbuh-tumbuhan anak. |