android | android | Teknologi Maklumat | Tiada | Robot anthropomorfic iaitu robot yang kelihatan seperti manusia. Ramai pembangun android menggelarkan ciptaan mereka sebagai “robot manusia” dan bukannya “android”. Contohnya, android Valerie adalah android domestik yang menggunakan pensintesis suara AT&T yang memberikan suara seperti manusia. Gambar (a), (b) dan (c) di bawah menunjukkan Valerie sedang berada di ruang tamu, di ruang makan dan di ruang foyer. Sila rujuk http://www.androidworld.com/ |
Android | Android | - | Tiada | Sistem operasi peranti mudah alih yang dibangunkan oleh Google untuk membolehkan peranti menjalankan aplikasi termasuklah aplikasi yang melibatkan penerbitan. |
android obesity | obesiti android | Gerontologi | Tiada | Lemak yang berlebihan di sekeliling pinggang dan bahagian atas abdomen. |
Android system intelligence | kecerdasan sistem Android | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Teknologi pintar dalam Android yang menggunakan pembelajaran mesin untuk mengoptimumkan pengalaman pengguna. |
android-type obesity | obesiti jenis android | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Lemak tubuh yang berlebihan di sekeliling pinggang dan bahagian atas abdomen. Obesiti jenis android biasanya berlaku dalam kalangan lelaki. Kehadiran lemak ini berpunca daripada pola pemakanan yang tidak sihat seperti pengambilan makanan segera, berminyak dan berkolesterol tinggi yang meningkatkan risiko terhadap penyakit kardiovaskular, diabetes dan hipertensi. |
learning tools interoperability (LTI) | saling kendali alat pembelajaran (LTI) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Piawaian yang menetapkan kaedah menggandingkan pelbagai aplikasi pembelajaran untuk dijalankan atas pelbagai platform pembelajaran. Contohnya, aplikasi pembelajaran AmazonKindle digandingkan dengan platform awan dan Android, iBook digandingkan dengan platform awan dan iOS, dan Google Classroom digandingkan dengan platform Windows, MacOS dan awan. |