water damage insurance | insurans rosak air | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans yang memberikan perlindungan ke atas kerosakan harta akibat angin ribut, banjir atau tangki air serta kelengkapan dan paipnya pecah atau melimpah. Kerosakan akibat kebocoran alat perenjis air boleh diinsuranskan berasingan. |
crop insurance | insurans tanaman | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perlindungan ke atas tanaman daripada kerugian disebabkan oleh risiko seperti hujan batu, angin ribut dan kebakaran. |
storm surge | luruan ribut | Sains | Hidrometeorologi | Pembumbungan air laut yang luar biasa sepanjang pantai yang terutamanya disebabkan oleh angin ribut. Oleh sebab luruan ribut selalunya merupakan aspek ribut pantai yang paling berbahaya, banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk menentukan keadaan dan kebolehramalannya. |
vendaval | vendaval | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin ribut barat daya di pantai Selatan Mediteranean dan di Selat Gibraltar. Angin ini berlalu bersama-sama tekanan rendah dari barat pada akhir musim bunga, musim sejuk atau awal musim gugur, dan disertai ribut petir dan badai. |
kona | kona | Sains | Hidrometeorologi | Angin ribut yang mengandungi hujan dari barat daya dan selatan barat daya di Hawaii. Ia bertiup lebih kurang lima kali setahun di cerun barat daya, iaitu cerun teduhan angin bagi angin pasat timur laut lazim (kona ialah perkataan Polynesia yang bermakna arah teduhan angin). Ia berkait dengan ayunan ke selatan atau ke tenggara tekanan rendah Aleutia dan laluan tekanan rendah sekunder (siklon kona) dari barat laut ke tenggara, di utara pulau-pulau tersebut. |
isobar | isobar | Perikanan | Tiada | Garisan pada graf, plot atau peta yang menunjukkan tekanan udara yang sama pada waktu tertentu. Isobar penting dalam ramalan kaji cuaca. Contohnya, isobar menentukan arah angin, ribut atau keadaan laut. Pemancing biasanya akan merujuk isobar pada peta ramalan cuaca untuk mengetahui keadaan cuaca sebelum keluar memancing. |
storm surge | luruan ribut | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Pembumbungan air laut yang luar biasa sepanjang pantai yang terutamanya disebabkan oleh angin ribut. Disebut juga pasang surut ribut dan ombak pasang surut. |
storm | ribut | Sains | Hidrometeorologi | 1. Sebarang keadaan gangguan atmosfera, terutamanya yang memberi kesan kepada permukaan bumi dan merujuk cuaca yang boleh membinasa ataupun cuaca yang buruk. Sekurang-kurangnya ada tiga pendapat yang berlainan berkenaan dengan ribut. Pertama, dalam meteorologi sinoptik, ribut merupakan gangguan individu lengkap yang dikenali dalam carta sinoptik (atau melalui alat meteorologi seperti radar), sebagai gabungan tekanan, angin, awan, kerpasan dan lain-lain. Oleh itu, jenis ribut menjulat mengikut skala dari tornado dan ribut petir, menjangkau siklon tropika, hingga ke siklon luar tropika yang meluas. Kedua, dari sudut tempatan dan khusus, ribut ialah kejadian fana yang dikenal pasti dari segi kehebatan atau kebinasaannya. Dalam hal ini ribut dirujuk kepada ribut hujan, ribut angin, ribut hujan batu, ribut salji, dan lain-lain. Jenis ribut yang khas ialah ribut salji, ribut ais, ribut pasir dan ribut habuk. Bagi ahli hidrologi, ribut pada dasarnya mencakup curahan hujan dalam ruang dan masa di kawasan tertentu. 2 |
local winds | angin setempat (local winds) | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin yang bertiup dalam kawasan terhad, dan disebabkan oleh keadaan tempatan yang berbeza daripada angin akibat kesan taburan tekanan, atau angin yang mempunyai ciri-ciri tertentu mengikut keadaan setempat. Angin setempat dikelaskan kepada empat kumpulan utama; i) angin akibat kesan topografi setempat, seperti angin ngarai, angin genting gunung dan kosava; ii) angin antitriptik, seperti bayu laut, bayu darat, angin gunung dan lurah, dan pada skala yang besar angin fohn, cinuk, bora dan mistral; iii) angin tak stabil yang diakibatkan oleh pemanasan setempat, atau akibat aliran udara sejuk, seperti ribut debu, hab dan angin ribut petir; dan iv) angin kencang akibat gradien tekanan yang kuat atau akibat aliran yang tak terganggu di atas permukaan yang rata atau kedua-duanya, seperti khamsin, siroko, ribut salji, buran, dan purga. |
whirlwind | angin pusar | Sains | Hidrometeorologi | Ribut angin berputaran yang kecil dengan udara berpusar mengelilingi suatu pusat tekanan rendah. Angin pusar kadang kala mengunjur ke atas sehingga beberapa ratus meter tingginya dan menyebabkan terjadinya pusar debu sekiranya berlaku di gurun. |