base pair | pasangan bes | Biologi | Genetik | 1. Unit untuk saiz DNA (bp) 2. Pasangan yang khusus antara sitosina dengan guanina dan antara adenina dengan timina atau urasil. |
interstellar magnetic field | medan magnet antara najam | Matematik | Tiada | Medan magnet yang terdapat di antara bintang yang dipercayai disebabkan oleh pengutuban antara najam dan dengan berdasarkan struktur berfileman arah yang kelihatan pada sesetengah nebula galaksi. |
interface | antara muka | Teknologi Maklumat | Perisian | Lapisan abstrak yang bertindak sebagai pemudah cara antara dua objek yang berkomunikasi. Objek ini boleh terdiri daripada perisian, perkakasan dan pengguna. Antara muka ini juga menyediakan cara menterjemah antara kedua-dua objek yang tidak berkomunikasi dalam bahasa yang sama seperti antara manusia dengan komputer. Lihat juga antara muka atur cara aplikasi (API), antara muka pengguna grafik (GUI). |
oligopolistic coordination | penyelarasan oligopoli | Ekonomi | Tiada | Kerjasama antara firma-firma oligopoli untuk mengurangkan persaingan antara mereka dan meningkatkan kuasa monopoli dan dengan itu boleh memaksimumkan keuntungan atau faedah keseluruhan industri secara bersama. |
incest | sumbang mahram | Kejururawatan | Tiada | Jenayah seksual antara individu yang mempunyai pertalian darah. Contohnya, bapa dengan anak dan antara adik-beradik. |
cross-infection | infeksi silang | Perubatan | Tiada | Jangkitan kuman daripada seorang pesakit kepada pesakit yang lain. Jangkitan ini boleh berlaku melalui udara, titisan, peralatan, sentuhan antara pesakit dengan perawat, dan antara perawat dengan pesakit yang lain. Jangkitan ini sering berlaku di unit rawatan rapi. |
comparative administration | pentadbiran perbandingan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Satu pendekatan antara dan dalam kerajaan di seluruh dunia, iaitu antara negara dengan menggunakan cara perbandingan untuk menerang dan memberi penilaian tentang sistem pentadbiran dan birokrasi. Dengan kata lain, pentadbiran perbandingan ialah kajian perbandingan yang dibuat tentang pentadbiran di suatu negara dengan negara yang lain. Tujuan kajian perbandingan ini adalah untuk memberi pengenalan kepada perbandingan secara analisis sistem pentadbiran di seluruh dunia. Dengan adanya perbandingan ini akan memberi peluang kepada para pentadbir untuk memilih dan menggunakan sistem pentadbiran yang terbaik dan sesuai. |
journal friction | geseran jurnal | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Rintangan gerakan yang dialami oleh jurnal akibat daya likat antara jurnal dengan bahan pelincir yang terdapat di antara jurnal dengan galas atau perumah. Rintangan ini bergantung pada kelikatan bahan pelincir dan kelegaan antara jurnal dengan perumah. |
Illinoian | usia Illinois | Geologi | Tiada | Berkaitan dengan tahap glasier ketiga klasik pada Epok Pleistosen di Amerika Utara, di antara tahap antara glasier usia Yarmouth dan tahap antara glasier usia Sangamon. |
business logic | logik perniagaan | Teknologi Maklumat | Perisian | Algoritma yang mengendalikan pertukaran maklumat antara pangkalan data dengan antara muka pengguna. Algoritma ini dapat dikenali berdasarkan pengesahan data I/O dan logik produk. Logik perniagaan mengandungi peraturan perniagaan dan aliran kerja. Peraturan perniagaan merujuk kepada polisi perniagaan seperti saluran, lokasi, logistik, kos dan produk manakala aliran kerja pula merujuk kepada tugas yang tersusun untuk menghantar data daripada satu sistem perisian kepada sistem perisian yang lain. Lihat juga proses perniagaan. |