urogenital system | sistem urogenital | Veterinar | Praklinikal | Sistem yang terdiri daripada sistem pembiakan; dan sistem pembentukan dan pembuangan urin. Organ pembiakan betina antaranya ialah faraj; vulva; serviks; uterus; oviduk dan ovari. Organ pembiakan jantan antaranya pula ialah testis; epididimis; penis dan organ seks aksesori. Organ yang membentuk sistem urinari pula termasuklah renal; ureter; pundi kencing dan uretra. |
grid method | kaedah grid | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah gali cari yang digunakan ke atas tapak arkeologi. Kaedah ini mengandungi beberapa siri petak empat persegi dan mempunyai batas tanah asal di antaranya. Grid mempunyai pelbagai ukuran, antaranya 1 meter x 1 meter, 2 meter x 2 meter, dan 4 meter x 2 meter. Ukuran ini bergantung kepada kepentingan dan lingkungan tapak penyelidikan arkeologi tersebut. Setiap petak kecil biasanya sesuai digali oleh dua atau tiga orang. Kaedah grid digunakan sama ada di tapak terbuka dan tertutup. |
inter alia | antaranya | Sejarah | Tiada | Tiada |
neonatology | neonatologi | Perubatan | Tiada | Kajian tentang neonat, yang antaranya termasuk diagnosis dan rawatan sebarang gangguan penyakit pada neonat yang berkenaan. |
Acarina | Acarina | Perubatan | Tiada | Suatu order kelas Arachnida, di antaranya termasuklah tungau dan sengkenit. |
ergonomics | ergonomik | Perubatan | Tiada | Kajian tentang manusia dan kerjanya, antaranya termasuklah prinsip-prinsip anatomi, fisiologi, psikologi dan mekanik, yang mempengaruhi kecekapan penggunaan tenaga manusia. |
homopause | homopaus | Sains | Hidrometeorologi | Bahagian atas homosfera atau aras peralihan antaranya dan heterosfera. Ia mungkin terletak di antara 80 dan 90 km, yang padanya oksigen mula berpecah kepada oksigen atom. Homopaus agak lebih rendah pada waktu siang daripada malam. |
dash | sengkang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | sengkang: Tanda "-" yang mempunyai jarak di antaranya. |
combination plier | playar pancaguna | Kesenian | Tiada | Playar yang mempunyai pelbagai kegunaan antaranya untuk mencengkam benda yang bulat serta memotong atau membengkokkan dawai. |
secondary amenorrhea | amenorea sekunder | Perubatan | Tiada | Berhentinya kitaran haid selepas baligh antaranya disebabkan oleh kekurangan hormon gonadotrofin, kehamilan, dan diabetes melitus. |