anti-corruption | antirasuah | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tindakan atau usaha yang diambil bagi mencegah amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Tindakan ini diambil kerana gejala rasuah boleh mengancam keselamatan negara dan ketidakadilan dalam masyarakat. Sebagai langkah utama, kerajaan telah menubuhkan Badan Pencegah Rasuah dan memperkenalkan pelbagai peraturan antirasuah seperti pelaksanaan Akta Pencegah Rasuah 1961, Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 dan Akta Pencegahan Rasuah 1997. Kerajaan juga melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) bagi membentuk sebuah masyarakat yang bermoral tinggi dan beretika sebagai tindakan untuk mencegah rasuah dan penyalahgunaan kuasa. |
Anti-Corruption Bureau | Badan Pencegah Rasuah | Pentadbiran | Tiada | Institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengesan dan mengenal pasti salah laku rasuah serta penyalahgunaan kuasa. Siasatan dibuat berasaskan kepada aduan, maklumat dan risikan yang dilakukan secara menyeluruh dan cekap. Penubuhan institusi ini adalah untuk memastikan kepentingan awam dan keadilan terjamin berlandaskan undang-undang dan peraturan negara. BPR membantu ketua organisasi sektor awam dan swasta mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai yang melanggar peraturan dan kod etika kerja, berasaskan laporan yang komprehensif. Pada masa yang sama, institusi ini bertindak menyekat punca dan peluang salahlaku rasuah serta penyalahgunaan kuasa akibat kelemahan dalam sistem pengurusan. Institusi ini terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. |
Anti-Corruption Agency | Badan Pencegah Rasuah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |