cubic equation | persamaan kubik | Matematik | Tiada | Persamaan yang melibatkan ungkapan kubik dalam satu anu. Ungkapan kubik ialah polinomial yang kuasa tertinggi bagi anu berkenaan ialah tiga. Bentuk am persamaan kubik dengan anu x ialah a3x3 + a2x2 + a1x + ao = 0, dengan a ≠ 0. |
unknown | anu | Matematik | Tiada | Kuantiti tertentu yang belum diketahui nilainya. Sesuatu anu boleh diwakili dengan huruf atau simbol bergambar. Misalnya, u mewakili umur seorang budak lelaki dalam unit tahun dan kakaknya dua tahun lebih tua. Jadi umur kakaknya ialah (u + 2) tahun. Jika huruf u digantikan dengan simbol bergambar ⋆, jadi umur kakaknya ialah (⋆ + 2) tahun. |
like terms | sebutan serupa | Matematik | Tiada | Sebutan yang melibatkan anu (atau pemboleh ubah) yang sama dan kuasa setiap anu adalah sama. Contoh: 3ab2t3 dan -2ar3b2 ialah sebutan serupa, manakala 3abt dan -2ab2t bukan sebutan serupa. |
substitution method | kaedah penggantian | Matematik | Tiada | Kaedah untuk menyelesaikan persamaan serentak dengan menggantikan sesuatu anu dengan ungkapan dalam sebutan anu yang lain. |
linear term | sebutan linear | Matematik | Tiada | Sebutan yang kuasa bagi anu tertentu ialah satu. Misalnya, , -3b, 4a, dan 2y. |
algebraic expression | ungkapan algebra | Matematik | Tiada | Sebarang hasil yang menggabungkan nombor, anu, pemboleh ubah atau entiti matematik lain dengan operasi, misalnya, 2ab + 3c, x2 - 2xy + y2. |
simultaneous equation | persamaan serentak | Matematik | Tiada | Sekumpulan persamaan yang sama-sama mensyaratkan anu yang terlibat. Misalnya, persamaan serentak x + 3y = 7 dan 2x + 5y = 10 mempunyai penyelesaian x = -5 dan y = 4. |
quadratic equation | persamaan kuadratik | Matematik | Tiada | Persamaan yang melibatkan ungkapan kuadratik dalam satu anu. Bentuk am bagi persamaan kuadratik ialah ax2 + bx + c = 0, dengan a ≠ 0. |
score | skor | Matematik | Tiada | 1. Markah bagi sesuatu ujian. 2. Sesuatu nilai bagi anu atau pemboleh ubah tertentu yang biasanya diperoleh daripada pencerapan atau pengukuran. Nilai tersebut mungkin merupakan salah satu daripada seset data. |
elimination method | kaedah penghapusan | Matematik | Tiada | Kaedah untuk menyelesaikan sistem persamaan serentak dengan menghapuskan anu. |