interactive application | aplikasi interaktif | Teknologi Maklumat | Perisian | Jenis aplikasi yang bersifat dua hala dan melibatkan pengguna secara aktif sewaktu aplikasi tersebut dijalankan. Aplikasi interaktif biasanya menggabungkan kesan visual dan audio untuk menjadikan aplikasi ini lebih realistik. Walau bagaimanapun, dengan wujudnya teknologi terkini, pengguna turut terlibat dalam membuat keputusan dan melakukan pergerakan fizikal. Contohnya, permainan komputer, permainan video dan aplikasi realiti maya. |
application server | pelayan aplikasi | Teknologi Maklumat | Perisian | Pelayan yang menjadi hos antara muka atur cara aplikasi (API), dalam seni bina n-tier bagi mendedahkan logik perniagaan dan proses perniagaan aplikasi tersebut bagi kegunaan aplikasi lain. Pelayan aplikasi juga merujuk kepada: i. Perkhidmatan yang disediakan oleh pelayan. ii. Perkakasan yang diperlukan bagi menggunakan perkhidmatan yang disediakan. iii. Kerangka perisian yang digunakan untuk menjadi hos kepada perkhidmatan yang disediakan seperti Jboss dan Oracle Application Server. |
killer application | aplikasi terhandal | Teknologi Maklumat | Perisian | Nama yang diberikan untuk sesuatu aplikasi komputer yang popular dan dianggap penting untuk individu atau organisasi. Setiap domain perkomputeran seperti konsol permainan, perisian, sistem pengendali dan perisian tertentu mempunyai aplikasi terhandal masing-masing. Penggunaan ini memberi nilai tambah kepada penjualan perkakasan yang menyokong aplikasi tersebut. Contohnya, aplikasi e-mel yang diperlukan dalam urusan seharian. |
reuse | guna semula | Teknologi Maklumat | Perisian | Proses menggunakan kod yang telah dibangunkan bagi satu atur cara aplikasi untuk aplikasi yang lain seperti atur cara perpustakaan. Dalam pengaturcaraan berorientasikan objek, guna semula kod adalah melalui teknik pewarisan dan generik. |
application proxy | proksi aplikasi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Atur cara aplikasi yang dilaksanakan pada sistem tembok api di antara dua rangkaian. Apabila satu atur cara aplikasi mewujudkan satu hubungan pada perkhidmatan destinasi, atur cara ini akan menghubungkan perkhidmatan destinasi ini kepada get laluan aplikasi atau proksi. Pelanggan kemudian berunding dengan pelayan proksi untuk membolehkan komunikasi dilakukan dengan perkhidmatan destinasi tersebut. Proksi biasanya akan mewujudkan hubungan dengan destinasi di belakang tembok api dan bertindak bagi pihak pelanggan, melindungi dan menyembunyi komputer induvidu pada rangkaian di belakang tembok api yang disediakan. Keadaan ini menyebabkan dua hubungan diwujudkan, iaitu hubungan di antara pelanggan dengan pelayan proksi dan hubungan di antara pelayan proksi dengan destinasi. Seterusnya, proksi akan membuat keputusan menghantar paket apabila hubungan ini terjalin. Memandangkan kesemua komunikasi dilakukan melalui pelayan proksi, komputer di belakang tembok api dapat dilindungi. |
application service provider (ASP) | pembekal khidmat aplikasi (ASP) | Teknologi Maklumat | Tiada | Pembekal khidmat Internet(ISP) yang menawarkan khidmat dalam bentuk khas dari segi pengehosan aplikasi perisian yang disewa kepada pelanggan. Pembekal khidmat aplikasi merupakan syarikat yang membekal aplikasi atau perkhidmatan yang mengedarkannya ke seluruh rangkaian untuk pelanggan. Ini membolehkan syarikat lain yang ingin menjimatkan kos mendapatkan perkhidmatan pembekal khidmat aplikasi. |
Internet Server Application Program Interface (ISAPI) | Antara Muka Atur Cara Aplikasi Pelayan Internet (ISAPI) | Teknologi Maklumat | Tiada | Antara muka atur cara aplikasi (API) untuk pelayan Web IIS. Ia mempercepat pembangunan aplikasi web berbanding atur cara aplikasi antara muka get laluan sepunya (CGI) dengan menghasilkan perpustakaan pautan dinamik (DLL) yang dimuatkan ke dalam ingatan pelayan Web semasa ia dilaksanakan. |
application framework | rangka kerja aplikasi | Teknologi Maklumat | Perisian | Struktur generik dalam satu domain spesifik yang membentuk satu asas famili aplikasi. Rangka kerja ini dilaksanakan sebagai satu set kelas abstrak dan konkrit bagi menghasilkan satu aplikasi yang khusus. Lihat juga famili aplikasi. |
off-the-shelf application software | perisian aplikasi tersedia | Teknologi Maklumat | Tiada | Istilah generik yang merujuk kepada perisian aplikasi yang terdapat di pasaran. Perisian jenis ini menyediakan ciri dan fungsi piawai tanpa pengubahsuaian. Istilah ini digunakan bagi membezakan dengan perisian aplikasi tempahan. Microsoft Office, Photoshop, Lotus Notes, Windows adalah contoh perisian aplikasi tersedia. |
application program | atur cara aplikasi | Teknologi Maklumat | Perisian | Arahan yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan untuk membantu melaksanakan tugas tertentu. Aplikasi ini digunakan dalam proses perniagaan ataupun aplikasi lain yang diingini oleh pengguna. Contohnya, pengaplikasian penjana nombor rawak, penjana jam dan penjana tarikh dalam suatu atur cara. |