ara | ara | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Ficus spp. daripada famali Moraceae. Nama tempatan lain di Sabah ialah arah dan kayu ara. Gubal kayu ara berwarna kuning coklat, dan biasanya sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna agak sama. Tekstur kayu ini agak kasar dan tidak sekata kerana terdapat tisu parenkima yang keras. Ketumpatan keringan udara kayu ini berjulat antara 350 hingga 640 kh/m3, dan kayu ini tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan ringan. Kayu ini tidak kuat, mudah diproses dan mempunyai sifat pengeringan yang baik. Kayu ini digunakan dalam pembuatan kotak kayu, sepit, dan papan lapis yang bermutu rendah. |
ara | ara | Kesenian | Tiada | Tiada |
Ara | Ara/Al-Mijmarah (Mazbah) | Matematik | Tiada | Buruj kecil hemisfera selatan yang berhampiran dengan Centaurus dalam Bimasakti, dan bintang tercerahnya terdiri daripada bintang magnitud ketiga. |
bunga ara | bunga ara | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk bunga ara. sumping atuara. |
fig | buah ara | Pertanian | Tiada | Tiada |
fig | buah ara | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
Euphorbia hirta | Ara Tanah | Pertanian | Tiada | Tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae ini juga dikenali sebagai keremak susu, gelang susu, ambin jantan, lancang dan gendong anak. Tumbuhan ini jenis herba bersaiz kecil dan berbulu. Daunnya tersusun bertentang dan berbentuk lonjong, tangkai daunnya sangat pendek. Bunganya sangat kecil dan berbulu. Getahnya mengandungi alkohol mirikil, tarakserol, fridelin, flavonoid dan tanin. Tumbuhan ini hidup liar di merata tempat. Getahnya digunakan secara luaran untuk merawat sakit mata, kudis, bisul, ketumbit dan puru. Air rebusan atau seduhan digunakan untuk merawat lelah, bronkitis, disentri, bengkak dalam perut, bengkak payudara, diarea, kencing berdarah, sakit kepala, mengeluarkan kahak, melawas kencing dan sebagai ubat kumur untuk mengubati sakit gigi. Tumbuhan ini mempunyai sedikit kesan narkotik, hemostatis, penenang (sedative) dan sudorifik. |
Euphorbia hirta | ara tanah | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae yang dikenali juga sebagai keremak susu, gelang susu, ambin jantan, lancang dan gendong anak. Tumbuhan ini jenis herba bersaiz kecil dan berbulu. Daunnya tersusun bertentang dan berbentuk lonjong, dan tangkai daunnya sangat pendek. Bunganya sangat kecil dan berbulu. Getahnya mengandungi alkohol mirikil, tarakserol, friedelin, flavonoid dan tanin. Tumbuhan ini hidup liar di merata tempat. Getahnya digunakan secara luaran untuk merawat sakit mata, kudis, bisul, ketumbit dan puru. Air rebusan atau seduhannya digunakan untuk merawat lelah, bronkitis, disentri, bengkak dalam perut, bengkak payudara, cirit-birit, kencing berdarah, sakit kepala, mengeluarkan kahak, melawaskan kencing dan sebagai ubat kumur untuk mengubati sakit gigi. Tumbuhan ini mempunyai sedikit kesan narkotik, hemostatis, penenang dan sudorifik. |
banyan (Ficus benghalensis) | ara (Ficus benghalensis) | Pertanian | Tiada | Tiada |
fig leaf | apron daun ara | Kesenian | Tiada | Apron kecil sutera hitam yang dipakai oleh wanita pada tahun 1860-an dan 1870-an. |