subbituminous coal | batu arang subbitumen | Kimia | Tiada | Sinonim : lignit hitam Batu arang yang berwarna hitam, tidak begitu berkilau dan mempunyai nilai kalori antara 8,440 KJ dengan 11,606 KJ. Batu arang ini berdarjat antara lignit dengan batu arang bitumen. Batu Arang ini boleh digunakan dalam pembakaran kok untuk menghasilkan gas pengeluar. |
subbituminous coal | batu arang subbitumen | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : lignit hitam Batu arang yang berwarna hitam, tidak begitu berkilau dan mempunyai nilai kalori antara 8,440 KJ dengan 11,606 KJ. Batu arang ini berdarjat antara lignit dengan batu arang bitumen. Batu Arang ini boleh digunakan dalam pembakaran kok untuk menghasilkan gas pengeluar. |
coal and coke dealer | penjaga batu arang dan arang kok | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
carbon | karbon | Kimia | Tiada | Unsur bukan logam dalam kumpulan IVA (atau 14) jadual berkala, simbol C, nombor atom 6, berat atom 12.011, nombor pengoksidaan –4, takat lebur 3570oC (untuk grafit), takat didih 4827oC (untuk grafit) wujud semula jadi dalam bentuk alotrop amorfus seperti arang, arang batu, kok, dan jelaga. Unsur ini juga terdapat dalam karbon dioksida, karbonat, karbon disulfida dan semua sebatian organik. Karbon merupakan pengkonduksi elektrik yang baik dan agen penurunan yang kuat. Unsur ini terdapat dalam tiga bentuk isotop, iaitu C-12, C-13 dan C-14 (radiaktif). Karbon digunakan untuk menulenkan logam, untuk membuat keluli dan sebagai elektrod. |
coal rank | darjat batu arang | Kejuruteraan | Petroleum | Mutu batu arang dari segi nilainya sebagai bahan api. Ini berkaitan dengan darjat pembatuarangan yang telah dialami oleh batu arang yang berkenaan. Dari darjad rendah ke darjat tinggi pembatuarangan menghasilkan gambut, lignit, batu arang bitumen dan natrasit. |
boghead coal | batu arang boghead | Geologi | Tiada | Batu arang bitumen atau subbitumen yang menyerupai batu arang kanel dari segi sifat fizikalnya tetapi mempunyai kandungan bahan alga dan bahan mudah meruap yang tinggi. |
bamboo briquette charcoal | arang brikuet buluh | Buluh | Tiada | Arang berbentuk bongkah yang dihasilkan daripada mampatan habuk buluh atau arang buluh hancur. |
coal outcrop | singkapan batu arang | Geografi | Tiada | Singkapan batu arang bila berlaku dedahan pada satu lapisan batu arang. |
concealed coalfield | kawasan batu arang terbenam | Geografi | Tiada | Kawasan batu arang yang dilitupi oleh lapisan batuan yang tidak meliputi batu arang. |
Storrs retort | retort Storrs | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Reaktor pengkarbon arang batu pada suhu rendah yang dikendalikan dengan cara menaburkan serbuk arang batu ke atas tali sawat penyampai yang dilengkapi dengan unsur pemanas. Reaktor ini tidak sesuai untuk arang batu berketulan besar tetapi mudah untuk pemprosesan arang berbentuk sfera untuk mendapatkan tar. |