Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata askorbik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ascorbic acidasid askorbikPerikananAkuakulturBahan organik atau dikenali juga sebagai vitamin C yang sangat diperlukan oleh organisma dalam jumlah yang terhad untuk pembentukan tisu penyambung dan tisu parut semasa pembaikan luka dan matriks tulang. Keperluan asid askorbik bagi setiap organisma adalah bergantung pada keadaan dan organisma tersebut. Asid askorbik tidak dapat disintesis dalam jumlah yang mencukupi oleh organisma. Oleh itu, asid askorbik perlu dibekalkan dalam diet. Ikan tidak boleh mensintesis asid askorbik, kekurangan asid ini akan menyebabkan luka lambat sembuh, timbul ulser pada kulit sirip, luka, perdarahan dan pembentukan tulang yang tidak sempurna atau cacat.
ascorbic acidasid askorbikHerbaFitokimiaSebatian hablur berwarna putih yang larut dalam air dan terdapat dalam buah limau (Citrus sp.) dan sayur-sayuran. Asid askorbik merupakan bahan penting dalam diet dan kekurangannya boleh menyebabkan penyakit skurvi. Di samping itu, asid askorbik digunakan sebagai agen antioksida dan bahan pengawet makanan.
ascorbic acidasid askorbikMakanan dan PemakananTeknologi MakananVitamin larut air yang digunakan sebagai penambah vitamin, anti pengoksida dan antipemerangan berenzim. Asid askorbik sangat sensitif terhadap haba dan oksigen. Vitamin ini boleh mencegah skurvi, dan menguatkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan. Sinonim vitamin C.
ascorbic acidasid askorbikMakanan dan PemakananPemakananVitamin yang banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Vitamin ini berbentuk sebatian hablur berwarna putih, larut dalam air, mudah dimusnahkan oleh haba serta cahaya dan merupakan agen pengoksidaan-penurunan yang kuat. Asid askorbik merupakan bahan penting dalam diet dan kekurangannya boleh menyebabkan penyakit skurvi seperti gusi membengkak dan berdarah serta tulang lemah. Di samping itu, asid askorbik digunakan sebagai antioksidan dan bahan pengawet makanan. Sumber utama vitamin ini ialah buah-buahan seperti limau, jambu batu dan rozel. Sinonim vitamin C.
ascorbic acidasid askorbikHerbaPemiawaianAsid organik, formula C6H8O6, berbentuk hablur putih, takat lebur 192oC, larut dalam air, larut sedikit dalam alkohol, tetapi tidak larut dalam eter, kloroform dan benzena. Asid ini terdapat secara semula jadi dalam buah-buahan sitrus, tomato dan sayuran hijau serta mudah teroksida apabila terdedah kepada haba dan cahaya. Asid askorbik dapat mencegah penyakit skurvi. Asid ini digunakan sebagai perisa, pewarna dan pengawet makanan serta dikenali juga sebagai vitamin C.
ascorbic acidasid askorbikKimiaTiadaAsid organik, formula C6H8O6, berbentuk hablur putih, takat lebur 192oC, larut di dalam air, larut sedikit di dalam alkohol, tetapi tidak larut di dalam eter, kloroform dan benzena. Asid ini terdapat semula jadi dalam buah-buahan sitrus, tomato, dan sayuran hijau, dan mudah teroksida apabila terdedah kepada haba dan cahaya. Asid askorbik dapat mencegah penyakit skurvi. Asid ini digunakan sebagai perisa, pewarna, dan pengawet makanan. Asid ini juga dikenali sebagai vitamin C.
ascorbic acidasid askorbikFizikTiadaTiada
ascorbic acidasid askorbikPerhutananTiadaTiada
ascorbic acidasid askorbikKimiaTiadaTiada
ascorbic acidasid askorbikPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
123

Kembali ke atas