broncheal asthma | asma bronkial | Perubatan | Tiada | Keadaan bronkus menjadi hiperaktif dan menyempit yang menyebabkan pesakit mengalami kesusahan bernafas, lelah dan penat yang berulang. Sesetengah asma dicetuskan oleh alahan, manakala yang lain mungkin dicetuskan oleh bersenam, habuk dan stres psikologi. Walaupun terdapat banyak ubat yang boleh membantu pesakit asma, penyebab penyakit perlu juga dielakkan supaya pengawalan dan pencegahan penyakit dapat dilakukan dengan berkesan. Antara kumpulan ubat asma ialah steroid, agonis beta, metilxantin dan perencat leukotrin. |
bronchial asthma | asma bronkial | Perubatan | Farmakologi | Keadaan bronkus menjadi hiperaktif dan menyempit, yang menyebabkan pesakit mengalami kesusahan bernafas, lelah dan penat yang berulang. Sesetengah asma dicetuskan oleh alahan, manakala yang lain mungkin dicetuskan oleh habuk, stres psikologi dan bersenam. Walaupun terdapat banyak ubat yang boleh membantu pesakit asma, penyebab penya kit perlu juga dielakkan supaya pengawalan dan pencegahan penyakit dapat dilakukan dengan berkesan. Antara kumpulan ubat asma ialah steroid, agonis beta, metilxantin dan perencat leukotrin. |
antiasthmatic | antiasmatik | Farmasi | Farmakologi | 1. Berkaitan dengan kesan untuk mengurangkan simptom asma atau Ielah. 2. Agen yang digunakan untuk merawat atau mencegah serangan asma. Terdapat lima kumpulan agen yang digunakan,iaitu bronkodilator (salbutamol, ipratropium bromida), kortikosteroid (budesonida), metilxantina (teofilina), antagonis leukotriena (montelukast) dan penstabil sel masta (natrium kromolin, omalizumab) yang boleh diambil secara oral, suntikan atau sedutan. Sesetengah daripada agen tersebut digunakan untuk rawatan akut serangan asma atau diambil secara berterusan untuk mencegah serangan asma. |
bronchial asthma | asma bronkus | Perubatan | Tiada | Lihat asma. |
asthmatic | asmatik | Perubatan | Tiada | 1. Berkaitan atau mempunyai asma. 2. Orang yang mengidap asma. |
asthma | asma | Perubatan | Tiada | Keadaan yang ditandai dengan serangan berulang dipsnea paraoksimal dengan pernafasan seperti lelah akibat pencerutan spasmodik bronki, mungkin manifestasi alergi atau teraruh oleh zarah perengsa, senaman yang bertenaga dan lain-lain. |
asthma | asma | Perubatan | Tiada | Penyakit yang bercirikan kesukaran bernafas yang berulang disertai dengan batuk dan bunyi seperti siulan. Keadaan ini disebabkan penyempitan saluran pernafasan akibat alahan, jangkitan atau senaman. |
asthma | asma | Perubatan | Tiada | Keadaan yang ditandai dengan serangan sesak nafas (dispnea) ataupun semput yang berulang dari masa ke masa, dan yang menghasilkan bunyi seperti siulan akibat penyempitan bronkus secara berbalik. |
bronchial asthma | asma bronkus | Veterinar | Tiada | Tiada |
cardiac asthma | asma jantung | Perubatan | Tiada | Dispnea paroksismal yang terjadi pada waktu malam akibat penyakit jantung, seperti kegagalan ventrikel kiri. |