satelite astronomy | astronomi satelit | Fizik | Moden | Kajian terhadap objek astronomi dengan menggunakan alat yang dipasang pada setelit. |
astronomical satellite | satelit astronomi | Aeroangkasa | Tiada | Satelit yang menjalankan penyelidikan astronomi. |
spherical astronomy | falak sfera/astronomi sfera | Matematik | Tiada | Cabang astronomi yang memberikan perhatian khusus terhadap usaha menentukan kedudukan dan gerakan ketara jasad samawi di dalam sfera samawi. |
theoretical astronomy | falak teori/astronomi teori | Matematik | Tiada | Cabang astronomi yang memberi perhatian kepada penentuan orbit melalui cerapan gerak ketara jasad samawi. |
submillimetre astronomy | falak submilimeter/astronomi submilimeter | Matematik | Tiada | Cabang astronomi yang mengkaji panjang gelombang yang julatnya dari 0.1 hingga 1 milimeter. |
geodetic astronomy | astronomi geodesi/falak geodesi | Matematik | Tiada | Cabang geodesi yang menggunakan cerapan astronomi untuk mendapatkan maklumat geodesi. |
astronomical telescope | teleskop astronomi | Fizik | Optik | Teleskop yang direka untuk pengamatan objek astronomi. |
astronomical unit | unit astronomi | Fizik | Mekanik | Unit yang digunakan sebagai pengukur jarak dalam sistem suria kita. 1 unit astronomi sama dengan jarak min bumi matahari (yang jauhnya hampir 93 x 106 batu atau 149.5 x 106 km). |
limiting magnitude | magnitud pengehad | Matematik | Tiada | Magnitud yang paling samar dapat dicerap melalui teleskop astronomi, plat fotograf, atau alat astronomi lain. |
astronomy | astronomi | Fizik | Tiada | Ilmu yang mengkaji tentang bintang, matahari, bulan, dan planet. |