Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[au.to.ri.ti] | اءوتوريتي

Definisi : 1. kuasa atau hak (utk memberi perin­tah, mengawal, membuat keputusan, dsb): beliau mempunyai ~ utk mewujudkan dan menetapkan hukum; 2. sumber (orang, buku, dsb) sbg sumber maklumat tentang sesuatu yg boleh diterima atau dipercayai: kamus merupakan salah satu ~ yg sahih dlm kajian ini; berautoriti mempunyai autoriti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[au.to.ri.ti] | اءوتوريتي

Definisi : kuasa atau hak utk mengeluarkan perintah, membuat keputusan dsb: Pihak atasan mempunyai ~ utk mengambil tindakan disiplin terhadap kakitangan yg tidak mengikut peraturan. berautoriti mempunyai autoriti: Beliau tidak ~ utk mengeluarkan arahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata autoriti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
state authorityautoriti negeri/autoriti negaraSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
legal authorityautoriti undang-undang; autoriti sahKejuruteraanTiadaTiada
legal authorityautoriti undang-undang; autoriti sahSosiologiTiadaTiada
legal authorityautoriti undang-undang; autoriti sahSosiologiTiadaTiada
data protection authorityautoriti perlindungan dataTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAutoriti yang diberikan tanggungjawab untuk menentukan tahap keselamatan data pada paras yang boleh diterima pakai. Autoriti ini diguna pakai dalam mengendalikan sistem maklumat automasi atau rangkaian komputer.
local authorityautoriti tempatanPentadbiranTiadaKuasa pemerintahan atau pengurusan di peringkat tempatan seperti kota, bandar atau daerah yang mempunyai autonomi yang tersendiri. Autoriti ini memberi kuasa kepada kerajaan tempatan untuk mengurus dan membangunkan kawasannya dengan menggubal peraturan tertentu. Autoriti tempatan juga boleh menjana pendapatannya sendiri melalui sumber cukai yang dikenakan kepada orang ramai. Kerajaan tempatan berkuasa menentukan kadar cukai pintu, bayaran letak kereta di bandar serta lesen peniaga kecil.
above the line/ below the lineatas garisan / bawah garisanKomunikasiKorporat1. Garis pemisah, penentu jenis autoriti dan pelaksanaan organisasi. Jenis autoriti yang terlibat dalam menentukan dasar, perancangan, penentuan konsep dan pembuatan keputusan terkandung dalam kelompok atas garisan. Jenis autoriti yang terlibat dalam melaksanakan keputusan pula tergolong dalam kelompok bawah garisan. 2. Kaedah mengenali jenis aktiviti promosi barangan dan perkhidmatan. Aktiviti perancangan promosi yang melibatkan pendekatan 4P (product, place, price dan promotional) dikenali sebagai aktiviti atas garisan (A/L). Pendekatan 4P memberikan keutamaan kepada aspek perancangan barangan, tempat, harga, dan promosi termasuk perancangan pengiklanan. Aktiviti promosi diperingkat pelaksanaan yang melibatkan pengguna dan barangan pula dikenali sebagai aktiviti bawah garisan (B/L). Aktiviti bawah garisan ini dilaksanakan terus kepada pengguna. Contohnya, aktiviti yang bersifat pertandingan yang dikaitkan dengan barangan dan perkhidmatan, pemberian lebihan barangan dengan harga yang sama atau promosi beli
binding authorityautoriti mengikatUndang-undangTiadaKuasa atau autoriti yang memaksa, mengenakan sesuatu obligasi atau kewajipan.
certificate authorityautoriti perakuanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPihak berkuasa yang diamanahkan untuk mengesahkan kekunci awam dan identiti pengguna yang digunakan dalam Prasana Kekunci Awam (PKI) adalah sah dan benar. Autoriti perakuan menetapkan polisi dalam proses PKI dan membina perakuan dalam bentuk sijil digital untuk pengguna. Pihak ini juga menetapkan tarikh luput untuk sijil perakuan dan menguruskan kerja perakuan sepanjang tempoh hayat sijil tersebut. Autoriti perakuan juga bertanggungjawab menarik semula sijil yang luput tarikh, hilang atau keselamatannya dicurigai.
monetary authorityautoriti kewanganEkonomiTiadaAgensi yang fungsi utamanya telah menggubal dan melaksanakan dasar kewangan melalui kawalan terhadap penawaran wang atau kadar bunga. Antara fungsi lain autoriti tersebut ialah mencetak wang, menjadi penasihat kewangan kepada kerajaan, dan menguruskan hutang negara. Lihat juga dasar kewangan.
12345678910...

Kembali ke atas