Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahagian drpd suatu lakonan (sandiwara): lakonan ini dimainkan dlm tiga ~; 2. adegan: ~ sedih; 3. = babakan bahagian tertentu drpd musyawarah (pertandingan dll); ~ pertama (dlm perlawanan bola sepak dll) separuh masa pertama;membabakkan membahagi-bahagikan sesuatu cerita (drama dsb) kpd beberapa babak, mengisahkan (mempersembahkan dsb) dlm bentuk babak: peristiwa-peristiwa dlm novel itu dibabakkan; peristiwa inilah yg kita babakkan;pembabakan perihal (perbuatan dsb) membabakkan (kisah, peristiwa, dsb dlm drama dll): apabila disebut konsep ~, dgn sendirinya juga minta dibincangkan konsep adegan dan drama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata babak I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
actbabakKesusasteraanTiadaBahagian dalam sesuatu cerita, lakonan atau sandiwara. Babak juga merupakan elemen struktur mekanikal dalam drama. Contohnya, sesetengah drama Shakespeare mempunyai lima babak, sementara drama Ibsen mempunyai empat babak. Kebanyakan drama moden pada kukun ke-20 boleh dibahagikan kepada tiga babak sahaja. Babak pula dibahagikan kepada beberapa adegan dan setiap adegan diolah untuk menyumbang kepada pengaliran cerita. Lihat juga adegan.
parallel actionlakonan selariKomunikasiTiadaLakonan yang mengandungi dua babak yang mengalami berkembangan cerita dengan cara yang sama dan berlaku serentak. Babak-babak ini akan ditayangkan secara berselang-seli dan setiap plot dalam kedua-dua babak itu akan ditunjukkan satu persatu sehingga kedua-duanya tiba ke kemuncak cerita.
snippetspetikan filemPerfilemanTiadaBabak-babak yang terdapat dalam sesebuah filem yang sering dipetik oleh pengkritik atau pengulas filem untuk siri hiburan menerusi radio atau televisyen sebagai ulasan.
act tunemuzik selinganMuzikTiada

Bunyi-bunyian yang dimainkan semasa tirai diturunkan di antara babak-babak dalam opera.

delayed actionaksi tangguhKomunikasiTiadaAksi watak yang memberikan tindak balas yang lambat apabila menghadapi babak-babak tertentu. Tujuannya ialah untuk menimbulkan kesan dramatik, tetapi kadangkala boleh memberikan kesan yang sebaliknya.
actbabakKesenianDrama dan TeaterBahagian utama dalam struktur karya drama. Drama panjang yang biasanya mengandungi beberapa babak dan dalam salah satu babak tersebut mengandungi pecahan kecil dikenali sebagai adegan. Lihat jugaadegan.
actbabakKomunikasiTiadaRangkaian adegan yang membentuk sebahagian daripada cerita. Rangkaian babak akan membentuk keseluruhan cerita.
off-sceneluar babakKomunikasiTiadaSuara atau bunyi yang kedengaran dalam sesebuah babak tetapi tidak diketahui punca atau sumbernya.
bridge musicmuzik titianKomunikasiTiadaMuzik yang digunakan untuk menyambung satu segmen, babak atau rancangan dengan segmen, babak atau rancangan yang lain. muzik penyambung.
obligatory sceneadegan wajibKesusasteraanTiadaKonvensi dramatik yang merupakan satu babak yang perlu disediakan oleh pengarang dalam perkembangan plot drama atau teater. Konvensi ini amat diharapkan oleh khalayak. Adegan wajib memberi kesan emosi yang memuncak dalam drama. Contohnya, dalam drama Hamlet karya Shakespeare, babak pertembungan antara Hamlet dengan ibunya ialah adegan wajib yang dijangkakan oleh khalayak dan memberikan kesan emosi yang mendalam. Dalam filem Hang tuah, adegan wajib yang meruntun perasaan khalayak ialah pertarungan maut antara Hang Tuah dan Hang Jebat.
12345678

Kembali ke atas