Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bah] | به

Definisi : = air ~ banjir, air besar; musim ~ musim banjir; salangkan ~ kapar tak hanyut, inikan (kononlah) pula kemarau panjang prb a) kalau semasa muda sudah malas, mustahil menjadi rajin kalau sudah tua; b) pd masa ada pencarian tidak boleh menjadi kaya, apatah lagi dlm masa tiada pekerjaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bah] | به

Definisi : singkatan bagi babah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bah] | به

Definisi : Kl bawah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bah] | به

Definisi : kumpulan air yg terlalu banyak sehingga melimpah; banjir: Dlm musim tengkujuh, kampung ini selalu saja didatangi ~. air ~ banjir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bah

Puisi
 

Nak bah rupanya hari,
     Anak dara di muka pintu;
Sangat berubah rupanya diri,
     Telah sekala tidak begitu.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lamun takut dilanggar batang,
     jangan duduk di kepala pulau.

Bermaksud :

Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai [= laut]). kepala pulau = tepi sungai yang menghadap mudik, tempat batang-batang tersangkut apabila air bah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
floodwaysalur bahLandskapTiadaLihat alur banjir.
informal patternpola tak formalLandskapTiadaCorak susunan tumbuhan atau bah an lain yang dibuat secara bebas atau semula jadi dan tidak geometri.
plant containerbekas tanamanLandskapTiadaBekas yang diperbuat daripada pelbagai jenis bah an dan digunakan sebagai tempat menanam tumbuhan.
concrete paving blockblok turap konkritLandskapTiadaBlok yang diperbuat daripada bah an konkrit dan digunakan untuk menutup permukaan seperti penurap monier.
planting designreka bentuk penanamanLandskapTiadaReka bentuk yang menekankan penggunaan bah an tanaman dari aspek fungsi, peletakan dan pemilihannya.
cyanide poisoningkeracunan sianidaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada sebatian sianida yang mungkin terkandung dalam bah an seperti min yak badam pahit, sirap ceri liar, asid prusik, asid hidrosianik, kalium sianida, dan natrium sianida. Tanda utama keracunan ialah pernafasan cepat, tekanan darah turun, konvulsi, dan koma. Keracunan akut akibat pengingesan atau penyedutan sebatian sianida, sianogen klorida, asetonitril dan bahan yang membebaskan ion sianida menyebabkan tidak sedar dengan serta-merta, konvulsi, dan mati dalam masa 1 - 15 minit. Keracunan kronik akibat penyedutan sianogen klorida pula menyebabkan pening, keadaan lemah, kesesakan paru-paru, kegarauan, konjunktivitis, hilang selera makan, hilang berat badan, dan kemerosotan mental. Penemuan makmal dalam keracunan sianida akut termasuklah asidosis metabolik teruk. Penemuan patologi dalam kes parah adalah tidak berciri. Bau badam pahit mungkin dikesan semasa bedah siasat.
texture gradationperalihan teksturLandskapTiadaPerubahan tekstur sentuh dan visual secara beransur-ansur. Contohnya, perubahan tekstur sesuatu bah an daripada halus kepada sederhana dan kasar semasa membina permukaan laluan pejalan kaki.
floodwaysalur banjirLandskapTiadaLaluan berturap yang dibina untuk mengalirkan air berlebihan bagi mengawal banjir. Contohnya, longkang berkonkrit. Sinonim alur bah.
floodbanjirSainsHidrometeorologiPelimpahan air dari batasanbiasa aliran atau badan air atau air oleh saliran di kawasan yang jarang tenggelam. Ia juga disebut bah.
dichlorvos poisoningkeracunan diklorvosKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada diklorvos (DDVP, dimetil-2,2-diklorovinil fosfat), iaitu pestisid fosfat organik. Had pendedahan kepada bah an ini ialah 0.1 mg/ m3, dan dos maut (LD50) ialah 56 mg/kg. Tanda utama keracunan ialah gangguan penglihatan, kesukaran bernafas, dan hiperaktiviti gastrousus. Keracunan akut yang sedikit akibat penyedutan, penyerapan melalui kulit, atau pengingesan menyebabkan anoreksia, sakit kepala, pening, lemah, cemas, lidah dan kelopak mata terketar-ketar, miosis, dan kurang ketajaman penglihatan. Keracunan sederhana teruk pula akan mengakibatkan loya, peliuran, mala berair, kejang abdomen, muntah, berpeluh, nadi periahan, dan fasikulasi otot. Keracunan yang teruk mengakibatkan cirit-birit, anak mala kecil dan tidak reaktif, kesukaran bernafas, edema pulmonari, sianosis, hilang kawalan stinkter, konvulsi, koma dan jantung tersumbat.
12

Kembali ke atas