horizontal danger | sudut mengufuk bahaya/sudut datar bahaya | Matematik | Tiada | Sudut bahaya yang diukur di antara dua titik objek pada satah mengufuk yang sama. |
hazard in HACCP | bahaya dalam HACCP | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Agen biologi, kimia dan fizikal dalam makanan berpotensi menyebabkan bahaya ke atas kesihatan manusia yang memakan makanan tersebut. Bahaya ini berpunca daripada sumber bahan, pengendali makanan, pencemaran premis atau perkakas memasak dan peralatan penyediaan makanan. Contoh bahaya biologi ialah bakteria yang mencemarkan makanan, contoh bahaya kimia ialah bahan pensanitasi yang mencemarkan makanan dan contoh bahaya fizikal ialah bahan plastik yang dijumpai dalam makanan. |
hazard assessment | taksiran bahaya | Landskap | Tiada | Penilaian yang dibuat dalam landskap mengenai risiko sesuatu aktiviti yang boleh mendatangkan bahaya atau kerosakan kepada sesuatu kawasan atau orang ramai. Contohnya, taksiran bahaya pokok pinggiran jalan. |
increased hazard | bahaya meningkat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi insurans harta ditetapkan bahawa perlindungan akan digantung sekiranya bahaya dalam risiko yang dinsuranskan bertambah melebihi tahap yang dijangkakan semasa polisi dikeluarkan. Contoh: jika tuan punya rumah kediaman membuat bahan letupan di rumahnya, bahaya bagi rumah tersebut akan bertambah, dan sekiranya kerugian berlaku tuntutan akan ditolak oleh insurer. |
comprehensive general liability policy | polisi liabiliti am komprehensif | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi ini memberi perlindungan kepada insured bagi semua bahaya liabiliti am termasuk bahaya yang tidak diketahui, melainkan ia dikecualikan oleh polisi. Contoh: pendedahan yang dilindungi ialah premis dan operasi, keluaran dan operasi sempurna, kontraktor bebas dan kontraktor tertentu. |
radiation hazard | bahaya sinaran | Kejuruteraan | Tiada | Bahaya terhadap kesihatan disebabkan pendedahan kepada sinaran pengionan, sama ada disebabkan penyinaran luar atau disebabkan sinaran bahan-bahan radioaktif dalam jasad. |
radiation hazard | bahaya sinaran | Kejuruteraan | Tiada | Bahaya terhadap kesihatan disebabkan pendedahan kepada sinaran pengionan, sama ada disebabkan penyinaran luar atau disebabkan sinaran bahan-bahan radioaktif dalam jasad. |
environmental hazard | bahaya persekitaran | Kejururawatan | Tiada | Bahaya atau bencana yang terdapat di persekitaran yang mungkin memudaratkan manusia. |
inherent hazard | bahaya bawaan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bahaya yang biasanya timbul daripada struktur binaan seperti pemanas air yang meletup di tempat kediaman. |
catastrophe hazard | bahaya malapetaka | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bahaya malapetaka yang mengakibatkan kerugian amat besar setelah berlakunya bencana yang melibatkan ramai insured. |