bakau | bakau | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Bruguiera spp., Ceriops spp., dan Rhizophora spp. daripada famili Rhizophoraceae yang terdapat di hutan paya. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk berus, berus mata buaya, mata buaya, lenggadai, tumu, dan tengar dan di Sabah termasuk lenggadai putut, beus, dan bangkita. Gubal kayunya mempunyai pelbagai peringkat warna coklat, iaitu pada peringkat kekuningan hingga kepada peringkat keunguan, dan teras kayunya berwarna coklat kelabu dan coklat merah, tetapi menjadi lebih gelap apabila terdedah. Kayu bakau mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 835 hingga 1170 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras dan berat. Kayu ini sukar digergaji, diketam, dan dikeringkan. Kayu bakau biasanya berukuran kecil dengan garis pusat yang kurang daripada 15 cm. Kayu ini biasanya digunakan sebagai pancang, kayu jaras, kayu cerucuk, kayu api dan menghasilkan arang kayu, pulpa dan kertas. |
sumping bakau(Ir.) | sumping bakau(Ir.) | Kesenian | Tiada | Motif tenunan berunsur tumbuhan berbentuk bunga bakau. |
meranti bakau | meranti bakau | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Shorea uliginosa daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah meranti paya dan meranti tenggelam, dan di Sabah ialah seraya buaya hantu. Gubal kayu meranti bakau berwarna lebih muda dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat merah. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 595 hingga 755 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikeringkan, tetapi tidak tahan dan sukar diawet. Kayu meranti bakau digunakan dalan kerja binaan ringan, pembuatan perabot, venir, dan papan lapis. |
bakau pile | cerucuk bakau | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
coastal mangrove | hutan bakau pinggir laut | Geografi | Tiada | Hutan bakau yang dipengaruhi oleh kesan pasang surut laut. |
mangrove swamp | paya bakau | Geologi | Tiada | Paya laut tropika atau subtropika yang dicirikan oleh pokok bakau yang amat banyak. |
mangrove | bakau | Biologi | Ekologi | Tumbuhan yang hidup di dalam paya berlumpur di muara sungai atau di teluk pantai misalnya bakau kurap, Rhizophora spp. |
mangrove forest | hutan bakau | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Hutan paya laut yang lazimnya ditumbuhi oleh kayu daripada jenis kaum bakau. |
stilt root | akar jangkang | Biologi | Ekologi | Akar yang menyokong pokok yang tumbuh dalam kawasan berpaya, misalnya bakau kurap, Rhizophora mucronata dalam paya bakau. |
Rhizophoraceae | Rhizophoraceae | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Famili tumbuhan penting yang terdapat di dalam hutan bakau. Beberapa spesies dalam famili ini terdapat juga di hutan pamah dan hutan bukit. Antara spesies kayu dagangan yang utama termasuk kayu bakau, meransi, membuluh, dan keruntum. |