Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.la.da] | بلادا

Definisi : lagu atau puisi yg panjang yg mengisahkan sebuah cerita, mempunyai baris yg diulang di hujung setiap rangkap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balada


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
art balladbalada baharuKesusasteraanTiadaIstilah ini digunakan untuk membezakan balada moden atau balada kesusasteraan yang diketahui penulisannya dengan balada awal yang tidak diketahui nama penciptanya.
balladbaladaKesusasteraanTiadaBentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada yang romantis dan sentimental. Balada mengandungi tema atau kisah pengembaraan, percintaan, peperangan, masalah kekeluargaan, pemberontakan dan sebagainya. Umumnya, tema utama dalam balada berdasarkan kisah atau tokoh sejarah atau legenda tempatan yang bersumberkan cerita lisan rakyat. Tradisi penciptaan balada bermula di Eropah sekitar akhir abad pertengahan: Denmark pada abad ke-12, Rusia pada abad ke-13, Sepanyol, Scotland dan England pada abad ke-14. Balada terbahagi kepada tiga jenis yang utama, iaitu balada rakyat, balada popular, dan balada seni.
folk balladbalada rakyatKesusasteraanTiadaBentuk puisi naratif yang biasanya dipersembahkan secara nyanyian. Balada rakyat merupakan salah satu bentuk seni sastera yang awal dan wujud dalam tradisi lisan. Balada rakyat tidak mempunyai nama pengarang, sebaliknya dipindahkan daripada satu generasi kepada satu generasi secara lisan. Balada rakyat biasanya ditulis dalam bentuk yang ringkas dan mudah dari segi susunan plot serta bahasa. Balada ini lahir dalam masyarakat pratulisan dan dipersembahkan secara nyanyian lisan. Tema balada rakyat mementingkan nilai yang bersifat heroik atau kewiraan watak yang penting dalam masyarakat tradisi. Oleh sebab balada rakyat berkembang secara lisan, maka wujud pelbagai tokok tambah dan penceritaannya dari semasa ke semasa. Contohnya, Liyangkit Parang Sabil di Selatan Filipina yang menceritakan kisah pahlawan Islam menentang penjajahan Sepanyol.
balladbaladaMuzikTiada

 1. Lagu popular dalam gaya stropik yang bercorak naratif dan rumantik seperti balada England dan Amerika pada akhir abad ke-19 dan abad ke-20. Balada sering kali dimainkan dalam tempo perlahan atau sederhana. Teks yang digunakan dalam balada mengandungi unsur sentimental.

2.   Lagu stropik seperti balada tradisional Anglo-Amerika sejak Zaman Pertengahan. Balada jenis ini disebarkan melalui tradisi lisan.

art balladbalada seniKesusasteraanTiadaBentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada romanentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada romatis dan memntang penjajahan Sepanyol.ceritaannya dari semasa ke semasa. . attis dan memperlihatkan ciri penciptaan seni yang tinggi, sama ada dari segi kekuatan isi mahupun nilai kehalusan sastera. Umumnya, pengarang balada seni terdiri daripada seniman yang terkenal dan ternama serta memiliki bakat kepengarangan yang tinggi. Dari segi struktur karya, balada seni memperlihatkan suatu pembaharuan daripada balada rakyat yang wujud dalam tradisi lisan. Penghasilan balada seni dibuat melalui penelitian yang mendalam terhadap corak rima dan stanza yang baharu berbanding dengan balada rakyat. Unsur ketinggian seni dalam balada seni dapat dikesan dari segi pemilihan bahasa yang kaya dengan nilai estetik, di samping kekuatan dari segi isi, teknik dan sebagainya. Balada ini dikenali juga sebagai balada sastera.
famous balladbalada popularKesusasteraanTiadaBentuk puisi naratif yang lahir dalam tradisi tulisan dan lebih bersifat realistik dan cenderung bersifat komedi. Bentuk balada ini lebih dominan dalam budaya kehidupan bandar. Bandar ini dikenali juga sebagai balada jalanan.
broadside balladbalada kuningKesusasteraanTiadaBalada yang ditulis untuk diterbitkan dalam bentuk folio tetapi dicetak pada satu bahagian sahaja, dua halaman daripada lembaran tersebut dan dua turus daripada halaman.
ballad stanzarangkap baladaKesusasteraanTiadaBalada rakyat atau yang popular, yang dihasilkan dalam bentuk stanza, mengandungi empat baris dengan rima, abab, baris pertama dan ketiga mempunyai empat suku kata ditekankan manakala baris kedua dan keempat mempunyai tiga suku kata.
ballad operaopera baladaKesenianDrama dan TeaterCorak persembahan opera yang mengolah dialog berlagu dengan menggunakan jenis puisi yang khusus, iaitu bentuk balada.
balladbaladaKesusasteraanTiadaBentuk puisi yang dilagukan atau dibacakan dan dapat dikenali melalui persembahan episodnya yang dramatik, memikat hati dalam bentuk kisah yang mudah.
123

Kembali ke atas