Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahan berat spt plumbum atau besi jongkong yg dibawa dlm kapal utk memperbaik kestabilan kapal terutamanya yg tidak membawa kargo, tolak bara, pengimbang kapal, pemberat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balas II


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
redox reactiontindak balas redoksKimiaTiadaTindak balas penurunan dan pengoksidaan yang berlaku serentak dalam tindak balas kimia. Misalnya, tindak balas kuprum(II) oksida dengan zink menghasilkan logam kuprum dan zink(II) oksida. Dalam tindak balas ini, kuprum(II) oksida diturunkan menjadi logam kuprum manakala logam zink dioksidakan menjadi zink(II) oksida. Tindak balas ini melibatkan pemindahan elektron dari zink (iaitu tindak balas pengoksidaan) kepada ion kuprum(II) (iaitu tindak balas penurunan).
Mear criterion IIkriteria Mear IIKejuruteraanKejuruteraan KimiaKriteria yang menyatakan bahawa suhu larutan bahan tindak balas pukal akan menyerupai suhu pada permukaan luar zarahan mangkin jika (-DHR) (-rA) rB r E/h T2 R < 0.15, dengan -DHR = haba tindak balas, -rA = kadar tindak balas, rB = ketumpatan pukal mangkin, r = jejari mangkin, E = tenaga pengaktifan, T = suhu, R = pemalar gas semesta, h = pemalar pemindahan haba.
Damkohler number group IInombor Damkohler Kumpulan IIKejuruteraanKejuruteraan KimiaNisbah kadar tindak balas kimia terhadap kadar resapan molekul bagi tindak balas kimia bermangkin yang dijelaskan sebagai dengan rp = jejari liang, -R = kadar tindak balas kimia, Cs = kepekatan bahan tindak balas pada permukaan mangkin, Deff = pekali resapan molekul berkesan.
Wacker processproses WackerKejuruteraanKejuruteraan KimiaProses tindak balas bermangkin homogen yang melibatkan mekanisme redoks apabila etilena dioksidakan kepada asetaldehid di dalam larutan akueus yang mengandungi paladium (II) klorida dan kuprum (II) klorida sebagai mangkin.
group II gasifierpenggas kumpulan IIKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenggas generasi kedua yang menggaskan arang batu kepada SNG dengan menggunakan kaedah penghidrogasan. Keluaran proses ini kaya dengan metana dan tidak memerlukan tindak balas pemetanan sebelum SNG sedia untuk digunakan.
photosystem I and IIfotosistem I dan IIBotaniTiadaDua sistem fotokimia yang mengandungi pigmen fotosintesis dan pigmen aksesori serta pembawa elektron. Sistem ini yang beroperasi secara berturutan untuk menjayakan kedua-dua tindak balas cahaya yang membawa kepada fotofosforilasi dan penurunan NADP.
condition for equilibrium chemical reactionkeadaan keseimbangan tindak balas kimiaKejuruteraanKejuruteraan KimiaKeadaan tindak balas kimia yang dalam keseimbangan apabila keadaan berikut dipatuhi: (i) Tindakan balas yang berlaku tidak akan mengubah jumlah tenaga Gibbs sistem tersebut. (ii) Bagi sistem tertutup yang bertekanan P dan bersuhu T yang malar, jumlah tenaga Gibbs GT sistem adalah minimum atau (dGT)|T,P = 0.
reductionpenurunanKimiaTiada1. Penyingkiran oksigen daripada sesuatu bahan, atau penggabungan hidrogen kepadanya. Misalnya, penurunan kuprum(II) oksida kepada kuprum oleh karbon. 2. Tindak balas yang melibatkan penerimaan elektron. Misalnya, penukaran ion ferum(III) kepada ion ferum(II). Proses penurunan boleh berlaku apabila bahan yang akan terturun, iaitu agen pengoksidaan, bertindak balas dengan agen penurunan atau menerima elektron daripada katod dalam elektrolisis. Bdg. pengoksidaan.
oxidizerpengoksidaKimiaBiokimia1. Sebatian yang membebaskan oksigen pada suhu bilik atau apabila dipanaskan sedikit, seperti sebatian peroksida, klorat, perklorat, nitrat dan permanganat. 2. Bahan yang menerima elektron dalam suatu tindak balas pengoksidaan, seperti tindak balas pengoksidaan besi (logam neutral) oleh ion kuprum (II): Fe + Cu2+ ? Fe2+ + Cu . Ion Cu2+ menerima dua elektron daripada Fe dan terturun menjadi Cu. Dalam tindak balas ini, Cu2+ bertindak sebagai pengoksida.
adverse drug reaction (ADR)tindak balas advers drug (ADR)FarmasiFarmakologiTindak balas drug yang menghasilkan kesan berbahaya daripada penggunaan drug pada dos normal. Walau bagaimanapun, ADR berbeza dengan ''kesan sampingan", iaitu ADR mungkin juga boleh termasuk kesan-kesan yang boleh memberi manfaat, kesan tidak memudaratkan, atau kesan memudaratkan. ADR boleh diklasi:fikasikan kepada: i. Jenis A, iaitu kesan fannakologik yang ditingkatkan, bergantung pada dos dan boleh diramal. ii. Jenis B, iaitu kesan keanehan atau idiosinkratik yang tidak bergantung pada dos dan tidak dapat diramal. iii. Jenis C, iaitu kesan yang kronik. iv. Jenis D, iaitu kesan yang tertangguh. v. Jenis E, iaitu kesan selepas rawatan berakhir. vi. Jenis F, iaitu kegagalan terapi.
123

Kembali ke atas