Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.ding] | بنديڠ

Definisi : Id rayuan (ulang bicara), pertimbangan;pembandingan perbuatan membandingi atau membanding(kan);pembanding 1. orang yg membandingkan; 2. alat utk membandingkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.ding] | بنديڠ

Definisi : 1. imbang, tara; tiada ~nya tidak ada yg menyamainya, tiada taranya; 2. Id rayuan (ulang bicara); naik ~ meminta ulang bicara;sebanding seimbang, setara, setanding, setaraf: kemajuan kaum wanita haruslah ~ dgn kemajuan kaum lelaki;berbanding 1. dibandingkan: penduduk daerah ini bertambah ~ dgn tahun lalu; 2. = berbandingan; berbandingan 1. ada bandingnya, (taranya): kebaikannya tiada ~; 2. seimbang, sebanding, sepadan: kekuatannya ~ dgn besar badannya;membanding 1. bp membandingkan; 2. Mn merayu (ulang bicara); 3. Mn memberi pertimbangan (benar atau salah), menyiasat;membandingi mengimbangi, menyamai: kita membeli senjata-senjata itu utk ~ kekuatan musuh;membandingkan, memperbandingkan melihat (menunjukkan dsb) persamaan dan perbezaan antara dua benda: dia ~ sastera Melayu dgn sastera Eropah;perbandingan, bandingan 1. imbangan, perimbangan, persamaan; 2. ibarat: mereka ialah cermin ~ hidup; kata-kata ~; 3. = banding Id rayuan (ulang bicara), pertimbangan;pembandingan perbuatan membandingi atau membanding(kan);pembanding 1. orang yg membandingkan; 2. alat utk membandingkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.ding] | بنديڠ

Definisi : sama dgn; imbang; tara: Kehandalan Hang Tuah tidak ada ~nya pd zaman itu. berbanding 1 ada bandingnya: Kecantikannya tidak ~. 2 seimbang (dgn); sepadan: Perbelanjaan hendaklah ~ dgn pendapatan. 3 dibandingkan (dgn): Kadar pendapatan penduduk tahun ini bertambah ~ dgn tahun lalu. membandingkan melihat dua benda utk mengetahui apa-apa yg sama dan apa-apa yg berlainan: Dlm kajiannya, beliau telah ~ sastera Melayu dgn sastera Inggeris. bandingan 1 apa-apa yg dianggap sama; imbangan. 2 hasil drpd membandingkan. perbandingan 1 hal berbanding atau dibandingkan. 2 persamaan (ttg sesuatu sifat dsb); sesuatu yg seimbang: ~ dlm bahasa kiasan kadang-kadang dinyatakan terang-terang dan kadang-kadang tidak. 3 ibarat: Kejayaannya boleh dijadikan ~. pembandingan perbuatan atau hal membandingkan: ~ peta tumbuh-tumbuhan dgn peta muka bumi dpt membantu kamu memahami keadaan alam di sesuatu kawasan. pembanding 1 orang yg membandingkan. 2 alat yg digunakan utk membandingkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banding

Puisi
 

Buah pupur di tebing tinggi,
     Buah kandis masak putih;
Kalau nak ukur sama tinggi,
     Kalau nak banding sama putih.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bandingpenggegelanganPerubatanTiada2. Penggelengan: Proses pemasangan gegelang ke gigi.
bandingmenandaPerhutananTiadaTiada
bandingpenjaluranGeografiTiadaTiada
bandingpenyimpaianKesenianTiada1. Penyimpaian: Proses menghias sesuatu permukaan dengan menggunakan simpai hias.
banding wheelroda penjalurKesenianTiadaAlat putar untuk menghasilkan jalinan pada tembikar.
banding fertilizerbaja jalurPertanianAgronomi

Baja yang digunakan dalam kaedah pembajaan jalur. Baja yang sesuai digunakan ialah baja berbentuk butiran. Baja foliar dan baja cecair tidak sesuai sebagai baja jalur. Lihat juga pembajaan jalur.

bandingmenandaPerhutananPengurusan HutanMemasang gelang yang diperbuat daripada rotan atau logam pada kaki binatang dalam kajian pensampelan populasi, taburan dan habitat. Binatang tersebut ditangkap kemudian dipasang gelang dan dilepaskan semula. Sebagai contoh haiwan yang berpindah mengikut musim seperti perpindahan burung dari bahagian utara dunia dalam musim sejuk. Perbuatan menanda ini lazimnya memasukkan maklumat seperti tarikh, lokasi dan identity binatang tersebut didapati.
bandingmenggelangPerhutananPengurusan HutanMemasang gelang yang diperbuat daripada rotan atau logam pada pokok untuk menyekat bekalan nutrien pokok tersebut bagi tujuan membunuh ataupun mengugurkan buah pada suatu masa yang diperlukan.
bandingmenyimpaiPerhutananPengurusan HutanMemasang ikatan yang diperbuat daripada rotan atau logam pada alat untuk mengikat alat-alat yang bercantum atau menyatukan beberapa batang atau bilah seperti beliung dan penyapu lidi.
bandingpenjaluranSains ForensikTiadaTeknik untuk mewarnakan kromosom dengan pewarna berpendarfluor atau kimia. Dalam prosedur penjenisan DNA polimorfisme panjang jalur terpotong (RFLP), corak penjaluran DNA dalam gel digunakan untuk membandingkan DNA penderma dengan DNA yang dipertikai.
12345678910...

Kembali ke atas