barrack | berek | Undang-undang | Tiada | Bangunan besar atau asrama untuk menempatkan anggota tentera, polis, dan sebagainya. |
castle | kubu kota; mahligai | Sejarah | Tiada | 2. Kubu kota: Bangunan besar atau sekumpulan bangunan kepunyaan golongan bangsawan yang dibina dalam abad pertengahan untuk pertahanan diri. |
trunking wiring | pendawaian sesalur | Teknik | Elektrik | Sistem pendawaian elektrik yang menggunakan sesalur sebagai tempat menyokong dan menyimpan kabel. Pendawaian ini boleh membawa banyak kabel, tetapi perlu berganding dengan pendawaian lain, lazimnya pendawaian pembuluh. Pendawaian ini biasa digunakan di dalam bangunan besar, kilang, dan pejabat, iaitu dipasang pada dinding atau pada bucu dinding. |
glue laminated timber | glu lam | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Komponen kayu struktur yang dihasilkan daripada pelapisan selari kepingan venir atau kayu pejal menggunakan perekat kegunaan luar, seperti fenol-resorsinol atau resorsinol-formaldehid. Glu lam mempunyai ukuran yang besar, dan terdapat dalam pelbagai bentuk, dan sesuai digunakan dalam pembinaan jambatan dan bangunan besar. |
prefabricated building | bangunan prabikin | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Bangunan yang sebahagian besar daripada anggota strukturnya disediakan di kilang pembuat dan dibawa di tapak binaan untuk dipasangkan. Semua anggota binaan disambung dengan menggunakan kaedah sambungan tertentu. Sambungan bolt dan sambungan kimpal merupakan sebahagian daripada sistem sambungan yang diamalkan. |
frame construction | binaan kerangka | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Binaan yang sebahagian besar struktur bangunan disokong oleh rangka dan tidak disokong oleh dinding tanggung beban. |
massing | jisiman | Kesenian | Seni Bina | Keseluruhan bentuk, saiz bangunan atau gaya susun atur sesuatu bangunan. Sesetengah gaya seni bina ditakrifkan berdasarkan gaya bentuk atau rupa susunan bangunan. Contohnya, kecemerlangan seni bina pada era Romanesque telah menonjolkan gaya rupa bangunan yang bersaiz besar dengan menggunakan tembok-tembok batu yang tebal dan berat. |
Renaissance villa | vila Renaissance | Landskap | Tiada | Bangunan kediaman besar yang mempunyai reka bentuk seni bina zaman kebangkitan ilmu atau Renaissance. |
visual envelope | Iingkungan visual | Landskap | Tiada | Keadaan pandangan yang dihalangi oleh objek besar seperti bangunan, gunung, hutan dan sebagainya. |
atrium | atrium | Kesenian | Seni Bina | Laman atau ruang terbuka di dalam sesebuah bangunan yang dikelilingi oleh laluan atau galeri serta ditutupi dengan bumbung lut sinar. Atrium biasanya dibina dalam skala besar, yang dapat dilihat dari seluruh bahagian bangunan tersebut. Salah satu fungsinya adalah untuk menggalakkan pengudaraan dan kemasukan cahaya matahari ke dalam bangunan. Contoh atrium ialah laman terbuka di dalam kompleks membeli-belah Suria KLCC. |