photochemical reaction | tindak balas fotokimia | Kejuruteraan | Tiada | Tindak balas yang berlaku dalam atmosfera dengan bantuan tenaga cahaya matahari. |
flowing well | telaga mengalir | Kejuruteraan | Petroleum | Telaga yang berpengeluaran dengan hanya menggunakan daya pemacu dan tekanan reserbor semula jadi yang terdapat di dalam reserbor berkenaan, iaitu tanpa bantuan tenaga buatan seperti menggunakan pam, angkat gas atau kaedah angkat buatan yang lain-lain. |
phototroph | fototrof | Biologi | Ekologi | Organisma yang menggunakan matahari sebagai sumber tenaga untuk mensintesiskan bahan organik, seperti karbohidrat dan protein, daripada karbon dioksida dan air dengan bantuan klorofil dan pelbagai enzim yang terdapat di dalam kloroplas, Misalnya, tumbuhan peringkat tinggi. |
International Atomic Energy Agency | Agensi Tenaga Atom Antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | A gensi yang ditubuhkan pada tahun 1957 dan mula beroperasi di ibu pejabatnya di Vienna. Matlamat utama agensi ini adalah untuk membantu negara dunia dan menyebarkan maklumat berkenaan penggunaan tenaga atom bagi tujuan keamanan. Agensi ini juga telah membangunkan sistem kawalan yang menghalang bahan-bahan atom daripada penggunaan ketenteraan. Selepas kemalangan nuklear di Chernobyl pada tahun 1986, agensi tersebut telah mengadakan dua perjanjian antarabangsa, iaitu Konvensyen Pemberitahuan Awal Kemalangan Nuklear dan Konvensyen Bantuan dalam Kes Kemalangan Nuklear atau Kecemasan Radiologi. |
compressed air | udara termampat | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Udara pada sebarang tekanan yang lebih tinggi daripada tekanan atmosfera. Tekanan udara ditingkatkan dengan bantuan pemampat. Udara termampat digunakan untuk pemprosesan bahan, pernafasan dan pengudaraan, dan sebagai sumber tenaga dalam sistem pneumatik. |
brooding | didikan | Veterinar | Tiada | Tempoh unggas dipelihara selepas menetas hingga ia boleh hidup sendiri tanpa bantuan haba. Dalam tempoh ini, anak unggas dipelihara secara berkumpulan di dalam ruang tertutup yang diberi sumber haba. Suhu di dalam ruang ini ialah 37° C dan tempoh yang diperlukan ialah selama dua minggu selepas menetas. Alat pemanas yang digunakan ialah sama ada mentol berfilamen karbon atau mentol elektrik biasa, pemanas gas atau lampu ribut. Dalam tempoh tersebut, makanan yang diberikan mengandungi 3000 kcal/kg tenaga dan 22% protein. Dalam tempoh ini juga pemvaksinan dijalankan. |
organisational support | sokongan organisasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tindakan dan usaha yang dilaksanakan oleh pihak pentadbiran dan pengurusan atasan untuk menjamin kelangsungan serta kelancaran sistem pentadbiran sesebuah organisasi. Sokongan organisasi boleh dilihat dalam pelbagai bentuk, seperti sumber tenaga manusia yang mahir dan terlatih, kedudukan dan kekukuhan sumber modal, kelengkapan infrastruktur organisasi, bahan mentah atau material. Di samping itu, sokongan organisasi turut merangkumi bantuan sistem fail, pegawai pembantu atau pembantu penyelidik, fotokopi, mesin menjawab telefon, usaha mempertingkatkan dana, kemudahan internet, reka bentuk grafik, bilik sumber atau perpustakaan. Kemantapan dan kekuatan sokongan organisasi secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan kecekapan sesebuah organisasi. |
patronage system | sistem naungan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Hubungan yang bergantung kuat kepada penaung-dinaung. Hubungan ini bersifat tidak seimbang, walaupun wujud dalam keadaan dua hala antara penaung yang lebih dominan dan berkuasa dengan pihak yang dinaung lebih rendah dan lemah. Penaung memiliki kekayaan, modal dan kuasa manakala dinaung merupakan orang kebanyakan, lemah dan bergantung kepada bantuan penaung. Walaupun begitu, penaung juga dalam waktu tertentu memerlukan bantuan dinaung dalam bentuk sokongan, tenaga dan undi. Hubungan ini menggambarkan pentadbiran yang terikat kuat dengan hubungan naungan. Ketua pentadbir dilihat sebagai patron manakala pekerja dilihat sebagai klien. Sistem penaungan ini banyak sekali diamalkan di Itali, Sepanyol, Pakistan dan India apabila pentadbir menjadi penaung utama dalam pemerintahan atau pentadbiran daerah. |
Organization for Economic Cooperation and Development (OECD); | Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | O rganisasi ini ditubuhkan pada tahun 1961, menggantikan Organisasi Kerjasama Ekonomi Eropah yang telah ditubuhkan pada tahun 1948. Organisasi ini ditubuhkan untuk menyelaras Rancangan Marshall yang bertujuan untuk memulihkan ekonomi Eropah selepas Perang Dunia Kedua. Organisasi ini mempunyai 29 negara anggota, iaitu Australia, Austria, Belgium, Kanada, Czechoslovakia, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Great Britain, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Itali, Jepun, Korea, Luxembourg, Mexico, Belanda, New Zealand, Norway, Poland, Portugal, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Turki dan Amerika Syarikat. Negara anggota organisasi ini mengadakan kerjasama untuk meningkatkan ekonomi, memberi bantuan kepada negara yang belum maju dan menyumbang kepada perluasan perdagangan dunia. Agensi yang beroperasi di bawah organisasi ini ialah Pusat Penyelidikan Pendidikan dan Inovasi, Pusat Pembangunan dan Agensi Tenaga Nuklear Eropah yang kesemuanya beribu pejabat di Paris. Sinonim OECD. |