corak batik mara | corak batik mara | Kesenian | Tiada | Corak batik berunsur tumbuhan bermotif daun atau bunga, terdapat pada batik ela. Ia mengambil sempena penubuhan Pusat Pertukangan Tangan Mara. |
batik | batik | Kesenian | Tiada | 1. Corak pada kain yang pada dasarnya dihasilkan dengan menggunakan lilin sebagai penahan warna dan dicelup dalam larutan warna. Pada peringkat awal dahulu, corak ini bermula dengan bentuk titik, tetapi lama-kelamaan telah berubah dari segi coraknya, malah kini, dari segi tekniknya, terdapat batik yang tidak perlu menggunakan lilin dan celup warna lagi, iaitu hanya menggunakan stensil atau skrin. |
corak solo | corak solo | Kesenian | Tiada | Corak batik berunsur tumbuhan bermotif bunga atau daun tumbuhan, terdapat pada batik sarung atau batik lepas. |
pucuk rebung | pucuk rebung | Kesenian | Tiada | 1. Motif batik berunsur tumbuhan berbentuk pucuk rebung, lazimnya terdapat pada kepala kain batik sarung atau batik lepas. |
corak belah ketupat | corak belah ketupat | Kesenian | Tiada | Corak batik berunsur geometri bermotif segi empat dibelah serong, terdapat pada batik sarung atau batik lepas. |
bunga kekek | bunga kekek | Kesenian | Tiada | Corak batik berunsur geometri berbentuk retin dipadankan dengan bentuk ikan kekek, lazimnya terdapat pada batik ela atau batik lepas. |
ayam den lapeh | ayam den lapeh | Kesenian | Tiada | Corak batik berunsur tumbuhan berbentuk bunga atau daun tanpa rintik, terdapat pada batik sarung atau batik lepas. |
bunga sirik rabung | bunga sirik rabung | Kesenian | Tiada | Motif batik berunsur benda berbentuk sirik rabung, lazimnya diletakkan di bahagian tepi kain dan sebagai pengapit kepala batik sarung atau batik lepas. |
lasam | lasam | Kesenian | Tiada | Corak batik berunsur tumbuhan atau geometri berbentuk daun dan buah-buahan, berwarna kekuningan, putih dan biru dan kadangkala diselitkan warna merah, lazimnya terdapat pada batik sarung atau batik lepas. Laksam |
corak terang bulan | corak terang bulan | Kesenian | Tiada | Corak batik berunsur tumbuhan dan diselitkan motif seakan-akan bulan berwarna kuning emas, lazimnya warna di kepala lebih tua daripada warna di tubuh dan terdapat pada batik sarung atau batik lepas. |