cough suppressant | ubat penahan batuk | Perubatan | Tiada | Ubat untuk menahan batuk dengan bertindak terhadap pusat batuk di otak. Bahan aktifnya adalah daripada kumpulan opiat dan ia berguna untuk batuk yang kering. Ia seharusnya tidak digunakan untuk batuk berkahak atau batuk yang disebabkan oleh penyakit paru-paru seperti pneumonia dan asma. Sekiranya ubat diambil dalam kuantiti yang banyak dan jangka masa yang lama akan mengakibatkan ketagihan. Contohnya, Codeine dan Dextromethorphan. |
tuberculosis | tuberkulosis | AIDS | Tiada | Penyakit yang berlaku pada pelbagai organ terutamnya paru-paru yang disebabkan oleh Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini biasanya dicirikan apabila pesakit batuk tanpa kahak, batuk berdarah, kurang berat badan, demam berpanjangan dan berpeluh pada wak |
productive cough | batuk produktif | Perubatan | Tiada | Batuk yang disertai dengan pengeluaran kahak yang banyak daripada bronkus. Sinonim wet cough |
reflex cough | batuk refleks | Perubatan | Tiada | Batuk akibat rengsa pada salur pernafasan. |
non productive cough | batuk tak produktif | Perubatan | Tiada | Batuk yang tidak mengeluarkan kahak daripada bronkus. Sinonim dry cough |
whooping cough | batuk kokol | Kejururawatan | Tiada | Jangkitan saluran pernafasan yang serius bercirikan batuk tanpa kahak yang teruk dan kadang-kadang diikuti dengan kesukaran bernafas. |
pertussis | pertusis | Perubatan | Tiada | Penyakit berjangkit yang diakibatkan oleh Bordetella pertussis, yang dicirikan oleh hidung berair, batuk yang berulang-ulang dan diakhiri dengan sedutan nafas yang panjang dan berbunyi; batuk jenis ini kerap mengakibatkan berlakunya muntah dan dalam kes yang teruk perdarahan mungkin berlaku. Sin: batuk kokol |
pholcodine | folkodina | Kimia | Forensik | Formula kimia, C23H30N2O4, nama dagang Benylin. Takat lebur 91�C, larut sedikit dalam air, larut dalam etanol, kloroform dan benzena. Opioid lemah yang bertindak untuk melegakan batuk tak berkahak atau batuk sakit tetapi tidak mempunyai keaktifan analgesik yang ketara. Kesan sampingan ialah loya, muntah, pening dan sembelit. Dos terapeutik ialah 0.01 3 �g/mL |
antitussive | antitusif | Farmasi | Farmakologi | Ubat yang digunakan untuk meredakan atau mencegah batuk. Ubat ini merangkumi kumpulan opioid dan bukan opioid yang bertindak: pada sistem saraf pusat atau sistem saraf periferi untuk menindas refleks batuk. Contoh ubat dalam kumpulan opioid ialah kodeina, manakala contoh ubat dalam kumpulan bukan opioid ialah dekstrometorfan. Ubat daripada kumpulan opioid boleh memberikan kesan yang kuat terhadap fungsi sistem saraf pusat dan menyebabkan ketagihan jika disalahgunakan. Sediaan ubat yang biasa digunakan adalah dalam bentuk tablet, sirap atau lozeng. |
cough | batuk | Perubatan | Tiada | Tiada |