pseudobulb | bebawang semu | Pertanian | Agronomi | Organ penyimpan makanan pada batang pokok antara dua buku. Bebawang semu terdapat khusus pada tumbuhan daripada famili orkid (Orchidaceae), terutamanya jenis epifit, iaitu pemanjat pokok. Pada sesetengah spesies orkid, bebawang semu kelihatan seperti batang biasa tanpa bengkak tetapi spesies orkid seperti Bulbophyllum mempunyai bebawang semu yang jelas berbentuk bulat dan bengkak dengan daun di atas dan bawahnya. Bebawang semu boleh digunakan untuk membiakkan orkid. |
Bulb crops | Tanaman bebawang | Pertanian | Agronomi | Jenis tanaman yang mempunyai bebawang seperti bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Hasil tanaman biasanya ialah bebawang kering yang digunakan sebagai perisa makanan. Selain itu daun bawang juga dihasilkan sebagai sayuran segar. |
Bulbil | bulbil | Pertanian | Agronomi | Bebawang kecil yang dihasilkan pada batang atau bebawang dan digunakan untuk bahan tanaman aseksual seperti bawang besar. Bulbil boleh digunakan sebagai bahan pembiakan. Sinonim sulur bebawang. |
Bulblet | Sulur bebawang | Pertanian | Agronomi | Sinonim dengan bebawang gantung (bulbil) |
Bulb | Bebawang | Pertanian | Agronomi | Pucuk di bawah tanah yang terdiri daripada daun-daun tebal yang berfungsi sebagai organ menyimpan makanan contohnya yang terdapat pada tanaman bawang. Daun-daun itu bertindih dalam lapisan sesama mereka dan mengelilingi pusat bebawang itu. Batang yang terubahsuai terletak pada pangkal bebawang dan ia mengeluarkan akar di bawahnya dan pucuk dan cabang di atasnya. |
bulb | bebawang | Botani | Tiada | Batang yang menjadi pendek dan mempunyai pangkal daun yang menebal dan tersusun rapat. Biasanya, bebawang berbentuk kon dan di bahagian pangkal bawahnya terdapat akar serabut. Di celah-celah susunan daun terdapat tunas-tunas ketiak yang disebut bulbil. Contohnya, pada bawang. |
bulb | bebawang | Herba | Botani dan Bioteknologi | Batang yang memendek dan mempunyai daun yang tersusun rapat, menebal dan berisi di pangkalnya. Bebawang biasanya berbentuk kon dan di bawahnya terdapat akar serabut. Di celah susunan daun terdapat tunas yang dikenali sebagai bulbil. Contohnya, bawang merah (Allium cepa) dan tembaga suasa atau bakong (Crinum asiaticum). |
contractile root | akar mengecut | Biologi | Histologi dan Sitologi | Akar advenititius yang tumbuh pada batang bebawang atau umbisi yang telah mengalami pengubahsuaian. Akar ini boleh menguncup dan bertindak sebagai penunjang, iaitu yang menujahkan bebawang atau umbisi tersebut ke dalam tanah. |
pseudobulb | bebawang semu | Pertanian | Tiada | Tiada |
bulbous vegetables | bebawang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Semua jenis bahagian bawang sama ada bahagian daun, tangkai, biji atau buah. |