Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bebenang 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tonofibrilaetonofibrilBiologiHistologi dan Sitologi1 Bebenang sitoplasma yang menembusi cuaran sel turus asas epitelium kulit, mungkin menembusi beberapa sel, yang berfungsi sebagai struktur sokong dan dipercayai menjadi jalur bebenang sitoplasma yang berkeadaan tegang. 2 Epiteliofibril.
filamentfilamenPerubatanTiada1. Bebenang halus yang panjang merupakan sebahagian daripada komponen tisu tertentu.
gubernaculumgubernakulumPerubatanTiada1. Bebenang tisu berserat yang menyambung gonad kepada kawasan inguinal fetus.
axonemeaksonemBiologiHistologi dan Sitologi1. Fibril pada tengah-tengah flagelum atau silium, seperti bebenang pada tengah-tengah tangkai Ciliphora. 2. Genonem kromosom.
Ig.prophaseprofasaBiologiHistologi dan Sitologi1. Tahap pertama proses mitosis, iaitu apabila kromosom mulai muncul sebagai bebenang halus dan panjang, kemudian memendek dan menebal. Kromosom ini di bahagian kepada dua kromatin yang saling berdampingan. Proses opembahagian ini berlaku, sama ada pada permulaan tahap profasa atau sebelum proses profasa bermula dengan nyata. 2. Tahap leptoten meiosis.
anastomosisanastomosisBiologiHistologi dan Sitologi1. Pertemuan rangkaian urat daun atau salur darah daripada vena; atau pembuluh yang sama. 2. Bebenang halus yang menghubungkan kromonema ketika nukleus berada pada peringkat rehat (tidak membelah). 3. Penghubungan antara dua salur darah melalui saluran kolateral.
taptapKejuruteraanPetroleum1) Lubang yang terdapat pada talian paip atau bejana tempat tolok pengukuran atau injap boleh dimasukkan atau diskrukan dengan sempurna. 2) Alat yang berguna untuk membentuk bebenang atau skru di bahagian dalam paip atau silinder. Dibuat daripada keluli dan mempunyai skru jantan beralur memanjang dengan pinggir yang boleh memotong. Alat ini juga boleh digunakan sebagai alat pancing sebab boleh memotong paip, tetiub atau selongsong yang terlekat dari arah dalam.
GC/AT rationisbah GC/ATSains ForensikTiadaNisbah bagi jumlah guanina dan sitosina terhadap jumlah adenina dan timina dalam DNA bebenang ganda dua. Nisbah ini berbeza antara organisma. Contohnya, nisbah ini berbeza antara 1 hingga 5 kali ganda bagi jenis organisma yang berbeza dan maklumat ini boleh membantu dalam penyiasatan mikroorganisma forensik.

Kembali ke atas