Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.gi.tu] | بݢيتو

Definisi : 1. bagai itu, macam itu, seperti itu: dahulu pun ~ juga; 2. amat sangat, terlalu: mereka hidup ~ mewah; ~ benar amat sangat, terlampau sangat: ~ benar lokek orang itu; ~ juga demikian juga: anak itu rajin, ~ juga adiknya; ~pun a) meskipun begitu; b) begitu juga; sebegitu 1. seperti itu, sebagai itu, begitu: sengaja atau tidak pameran dibuat ~, kita tidak dapat menafikan hakikat wujudnya perkara itu; 2. sangat, terlalu; ~ banyak sangat (terlalu) banyak;membegitukan membuat (memperlakukan) spt itu: saya tidak suka dibegitukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.gi.tu] | بݢيتو

Definisi : 1 spt itu; bagai itu; demikian itu; serupa itu. 2 sangat; terlalu: Mereka hidup dgn ~ aman dan damai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata begitu

Puisi
 

Kalau begitu rupanya padi,
     Namun mengindang layu-layu;
Kalau begitu rusuhnya hati,
     Mahu menumpang biduk lalu.


Lihat selanjutnya...(62)
Peribahasa

Tingkalak menghadap mudik,
     lukah menghadap hilir.

Bermaksud :

Memang sudah begitu adatnya sejak dulu. tingkalak = bubu.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
howeversungguhpun begituPentadbiranTiadaTiada
bibliomaniacbibliomaniakPerpustakaanTiadaSeseorang yang begitu ghairah memperoleh dan mengumpul buku-buku.
apotheosispendewaanSejarahTiadaPemujaan yang begitu tinggi hingga meletakkan seseorang itu pada peringkat yang paling tinggi seperti keramat, wali atau tuhan.
pandemicpandemikPerubatanTiadaEpidemik yang begitu meluas, tersebar di keseluruhan kawasan atau benua, atau seluruh dunia.
expertisekepakaranSejarahTiadaSifat seseorang yang begitu mahir dan berkebolehan dalam sesuatu bidang ilmu untuk memberi pandangan yang profesional dalam bidang tersebut.
racial bigotrytaksub bangsaSejarahTiadaSifat yang begitu taksub dan bangga dengan keturunan bangsanya sendiri yang dianggap terulung di dunia.
colour discordlawan warnaKesenianTiadaPerbezaan yang begitu bertentangan antara warna.
plesionecrosisplesionekrosisBiologiPatologiNekrosis yang warnanya tidak begitu perang dan jelas kerana sel perumah yang terserang tidak seluruhnya mati. bd. holonekrosis.
dull painsakit tumpulPerubatanTiadaKesakitan yang tidak begitu teruk dan tidak tajam.
light shadowbayang samarKesenianTiadaBayang yang tidak begitu jelas pada sesebuah lukisan.
12345678910...

Kembali ke atas