componend | komponen | Mekanik | Gunaan | 1. Salah satu daripada tiga vektor yang diperoleh apabila suatu vektor dileraikan. Sesuatu vektor komponen boleh pula dileraikan kepada tiga komponennya sendiri, dan begitulah seterusnya. 2. Sesuatu bahagian struktur kejuruteraan yang melengkapkan struktur itu dan membolehkannya berfungsi. istilah ini biasanya digunakan berkaitan dengan mesin dan enjin. 3. sebarang radas elektrik di dalam litar. |
bureaucratic leader | pemimpin birokrasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Individu atau kumpulan individu yang bertanggungjawab menerajui sesebuah organisasi. Pemimpin birokrasi wujud dalam pelbagai peringkat berdasarkan hierarki sah dalam struktur organisasi. Ini bermakna semakin tinggi kedudukan seseorang pemimpin dalam organisasi, maka semakin besarlah kuasa dan tanggungjawab yang ada padanya dan begitulah sebaliknya. Pemimpin birokrasi berperanan dalam membuat perancangan, menyusun organisasi, menetapkan keputusan, membuat pengawalan, penilaian dan pemantauan, meningkatkan kualiti, menguruskan pengambilan pekerja serta bertanggungjawab ke atas risiko kerugian dan sebagainya. |
intermittent gas lift | angkat gas terputus-putus | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim: angkat gas aliran terputus-putus. Salah satu kaedah angkat gas. Dalam Kaedah ini sejumlah kecil isipadu gas yang bertekanan tinggi disuntikkan ke dalam tetiub dalam jangka masa tertentu dan kemudian dihentikan. Setelah beberapa lama, dilakukan suntikan sekali lagi. Begitulah proses penyuntikan diulangi sesuai dengan perulangan yang dikehendaki yang bergantung kepada kedalaman lubang telaga atau titik suntikan dan isipadu bendalir yang ingin diangkat dari dasar lubang telaga ke permukaan. |
pyramid of number | piramid bilangan | Biologi | Ekologi | Piramid yang menunjukkan hubungan angka di antara aras trofik dalam satu rantai makanan. Pada piramid bilangan, spesies yang melimpah terbentuk di dasar piramid, dan yang paling sedikit di atas. Piramid bilangan menunjukkan bahawa pengeluar yang membentuk dasar piramid dimakan dengan banyaknya oleh herbivor yang bilangannya kurang daripada pengeluar. Herbivor pula akan dimakan oleh karnivor yang bilangannya kurang daripada herbivor, dan begitulah seterusnya. |