Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.kal.be.ka.lan] | بکل - بکلن

Definisi : bermacam-macam bekal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bekal-bekalan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
floating power supplybekal kuasa apungKejuruteraanTiadaBekalan kuasa yang diasingkan secara elektrik daripada litar biasa.
feed check valveinjap cegah-balik bekalKejuruteraanTiadaInjap boleh buka pada satu arah sahaja, terletak pada salur paip penghantar di antara pam air bekalan dengan dandang.
funerary symbolsimbol pengebumianArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiUnsur yang berkaitan dengan pengebumian dapat dibahagikan kepada tiga. Pertama, simbol dibezakan mengikut kronologi dan arkeologi. Contohnya, pengebumian dengan cara melentur merujuk kepada zaman Hoabinh manakala pengebumian secara memanjang adalah dari Zaman Neolitik. Simbol pengebumian pada zaman Logam dan Protosejarah menggunakan batu besar yang dikenali dengan Megalitik (kubur kepingan batu, dolmen, menhir dan sarkopagus). Pada zaman Islam, nisan telah digunakan sebagai simbol pengebumian. Bahkan nisan juga mempunyai bentuk yang berbeza antara lelaki dan perempuan. Kedua, simbol pengebumian boleh dilihat dari bekal pengebumian yang disertakan bersama simati, semakin mewah bekal pengebumiannya maka semikin tinggi status individu berkenaan semasa hidup. Ketiga, posisi mayat seperti melentur dari bekal pengebumian juga menjadi simbol kepercayaan dan bekalan hidup selepas mati.

Kembali ke atas