Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lang.kan] | بلڠکن

Definisi : sj tumbuhan (pokok), kangkatung, katung, kekatung, keranji kepoyang, a) Cynometra inaequifolia; b) Cynometra polyandra. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belangkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kekatungkekatungPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Cynometra spp. daripada famili Leguminosea. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk belangkan, katung-katung dan kekatung laut; dan di Sabah ialah katung-katung. Spesies utamanya termasuk Cynometra malaccensis dan C. ramiflora. Gubal kayu kekatung dan teras kayunya tidak banyak berbeza, dan biasanya berwarna coklat merah atau merah dengan jaluran merah muda. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus atau agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 880 hingga 1155 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu kekatung sukar dikerjakan dan lambat mengering, tetapi agak tahan dan mudah diawet. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan berat dan untuk membuat tiang, rasuk, rangka pintu dan tingkap, dan alas landasan kereta api.

Kembali ke atas