adze | beliung | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Beliung yang wujud pada Zaman Neolitik dan mempunyai pelbagai bentuk, bersegi empat dan segi empat panjang. Beliung mempunyai bahagian mata yang berasah pada satu sisi dan ada juga dikenali dengan nama beliung berparuh. Beliung digunakan dalam bidang pertanian. Di Malaysia, beliung ditemui di Gua Cha, Kelantan. Banding Kapak. |
beliung | beliung | Kesenian | Tiada | Alat ukir daripada besi seperti kapak yang bermata melintang, digunakan untuk menarah ukiran. |
shoulder adze | beliung berbahu | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Beliung yang wujud pada Zaman Neolitik di Asia Tenggara. Beliung berbahu mempunyai bentuk fizikal yang kecil, mata bersudut, bahagian badan bersegi empat kecil. Alat ini digunakan dalam aktiviti sesuatu upacara dan juga dijadikan sebagai alat untuk menarah. Tonjolan bersegi empat kecil digunakan sebagai asas meletakkan alat pemegang. Beliung berbahu mempunyai bentuk yang hampir sama dengan kapak bertakik tetapi terdapat sedikit perbezaan kerana kapak bertakik mempunyai pinggang di bahagian atas sementara badan dan matanya agak membulat. Beliung berbahu ditemui di tapak arkeologi di Rasa., Jenderam Hilir (Selangor) dan Hulu Tembeling (Pahang), |
beaked adze | beliung berparuh | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Beliung berbentuk persegi empat panjang dan persegi empat tepat. Pada bahagian mata terdapat dua kesan tarahan yang dilakukan pada bahagian sisi kiri dan kanan dengan kesan garis pemisah di bahagian tengahnya. Bentuk beliung berparuh yang utama ialah pertama sekiranya dilihat dari atas, bahagian tarahan mata berbentuk V dan bahagian mata yang tajam berbentuk bulat. Bentuk kedua, bahagian pemisah antara bahagian mata masih berbentuk V tetapi hujung matanya seakan-akan bersegi empat yang ditarik ke bawah. Ketiga, kesan garis pada mata berbentuk W dan tidak terdapat garis pemisah manakala bentuk keempat, kesan garis pada mata berbentuk U dan tidak terdapat garis pemisah. Antara tapak penemuan beliung berparuh ialah di Hulu Tembeling (Pahang), Bukit Chuping (Perlis), Gua Madu (Kelantan) dan Tanjung Malim (Perak). |
hatchet stake | pancang beliung | Kesenian | Tiada | Pancang yang bentuknya seperti bentuk beliung. |
adz hammer | tukul beliung | Kesenian | Tiada | Tukul yang mempunyai mata yang berbentuk beliung. |
tornado insurance | insurans puting beliung | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perlindungan untuk kerugian harta akibat puting beliung. |
adze | beliung | Sukan | Tiada | Alat daripada logam yang mempunyai bilah mata tajam, badan yang melengkung dan agak cembung, mempunyai pemegang dan digunakan untuk memotong kayu. |
adze | beliung | Sejarah | Tiada | Alat daripada logam yang mempunyai bilah mata tajam, badan yang melengkung dan agak cembung, mempunyai pemegang dan digunakan untuk memotong kayu. |
adz | beliung | Kesenian | Tiada | Sejenis kapak yang matanya melintang. |