meteorological balloon | belon meteorologi | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Belon yang digunakan untuk mencerap unsur-unsur cuaca. Misalnya, belon siling, belon duga, dan belon radiosond. |
radiosonde balloon | belon radiosond | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Belon yang digunakan untuk membawa radisond ke atas. Belon ini lebih besar daripada belon duga atau belon siling. |
balloon ceiling | siling belon | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Siling yang ketinggiannya ditentukan oleh masa yang diambil untuk belon siling atau belon duga naik dan masuk ke dalam awan. |
bronchial cuff | kaf bronkus | Perubatan | Tiada | Bahagian yang boleh digelembungkan dan terletak di hujung tiub endobronkial. Bahagian ini terdiri daripada membran berbentuk sebiji belon kecil yang boleh diisi dengan udara atau cecair. Selepas tiub endobronkial dimasukkan ke dalam bronkus, udara atau cecair sebanyak 2 ml hingga 5 ml dipam ke dalam belon. Belon akan mengembang dan menutup bahagian sisi endobronkial untuk menghalang udara keluar menerusi sisi tiub tersebut. |
balloon sounding | perum belon | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Penyelidikan atmosfera bumi dengan menggunakan belon yang diisi dengan gas yang lebih ringan daripada udara, seperti hidrogen atau helium. Kedudukan belon boleh dikesan oleh teodolit, atau radar jika dilengkapi pemantul, untuk mengetahui keadaan angin di udara atas. Radiosond boleh juga dipasangkan pada belon untuk mendapatkan bacaan suhu dan kelembapan relatif pada beberapa aras tekanan. |
balloon sonde | belon sond | Geologi | Tiada | Belon hidrogen yang mengangkut alat-alat meteorologi catat sendiri. Belon sond diguna untuk memahami keadaan-keadaan atmosfera. |
constant level balloon | belon aras malar | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Belon yang direka bentuk supaya terapung pada aras tekanan malar. Sama dengan belon tekanan malar. |
pilot ballon | belon duga | Geografi | Tiada | Belon getah yang kecil, biasanya diisi dengan hidrogen, yang digunakan untuk menentukan arah dan kelajuan angin di atmosfera atas. Pergerakan belon ini biasanya diperhatikan dengan menggunakan teodolit. |
pilot ballon | belon duga | Geologi | Tiada | Belon getah yang kecil, biasanya diisi dengan hidrogen, yang digunakan untuk menentukan arah dan kelajuan angin di atmosfera atas. Pergerakan belon ini biasanya diperhatikan dengan menggunakan teodolit. |
skyhook balloon | belon langit | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Plastik besar yang digunakan sebagai belon aras malar untuk penerbangan di altitud yang amat tinggi. Belon ini digunakan untuk menentukan medan angin dan mengukur parameter atmosfera atas. |