minority (age) | belum dewasa (umur) | Undang-undang | Tiada | Tiada |
Regent | Pemangku Raja | Undang-undang | Tiada | Orang yang dilantik untuk menjalankan fungsi raja semasa raja belum dewasa, atau raja tiada di dalam negeri atau raja tiada upaya. |
nymph | nimfa | Perikanan | Tiada | Serangga yang belum dewasa, terutamanya larva pepatung atau serangga lain yang belum lengkap kitaran hidupnya. Nimfa merupakan makanan penting bagi ikan rekreasi air tawar. Bentuk atau corak nimfa ini biasanya ditiru dalam pembuatan umpan serangga buatan. |
regency | pemangkuan raja | Undang-undang | Tiada | Perihal pernjalanan fungsi raja oleh orang atau badan yang dilantik bagi maksud itu semasa raja belum dewasa, atau raja tiada di dalam negeri atau raja tiada upaya. |
payor benefit | faedah pembayar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Rider atau peruntukan yang biasa dalam polisi juvenil untuk mengetepikan premium jika pembayar, selalunya ibu atau bapa, menjadi hilang upaya atau meninggal dunia ketika kanak-kanak tersebut belum dewasa. Peruntukan ini juga terdapat dalam polisi yang melindungi seseorang isteri yang premium dibayar oleh suaminya. |
nymph | nimfa | Biologi | Ekologi | bentuk juvenile yang terdapat pada serangga yang mengalami metamorfosis tidak lengkap, seperti lipas dan belalang. Nimfa bersaiz kecil, menyerupai bentuk serangga dewasa, dan mempunyai kepak yang belum lengkap atau tidak mempunyai kepak langsung. |