continental margin | pinggir benua | Biologi | Ekologi | Bahagian lautan di sebelah benua, yang mengasingkan benua daripada laut dalam. Pinggir benua termasuklah pelantar benua, lereng benua, dan bukit benua. |
continental drift | hanyutan benua | Biologi | Ekologi | Teori yang mengatakan bahawa benua yang ada sekarang terhasil daripada pecahan sebuah benua yang besar menjadi benua yang lebih kecil. Kemudian benua-benua kecil itu hanyut secara sendiri ke tempat-tempat yang ada sekarang. |
continental drift | hanyutan benua | Geologi | Tiada | Gerakan benua-benua di permukaan di atas satu lapisan kerak lautan yang lemah. |
chorography | korografi | Geografi | Tiada | Seni atau sains yang menggambarkan benua-benua atau negara-negara dalam peta-peta atlas. |
geographical distribution | taburan geografi | Biologi | Ekologi | Taburan mendatar haiwan dan tumbuhan di darat dan di air, di benua-benua, dan di pulau-pulau yang berbeza. Misalnya, taburan organisma di kawasan-kawasan tertentu yang dipisahkan oleh halangan fizik, seperti banjaran gunung, laut, sungai, dan tasik, serta halangan iklim, seperti suhu, kelembapan, dan cahaya, ataupun halangan biologi, seperti makanan dan musuh. Bandingkan taburan batimetrik. |
continental slope | cerun benua | Geologi | Tiada | Bahagian pinggir benua yang terletak di antara pentas benua dan cangkat benua. |
continental crust | kerak benua | Geologi | Tiada | Kerak bumi yang terletak di bawah benua dan pentas benua. |
continental borderland | tepian benua | Geologi | Tiada | Kawasan pinggir benua yang terletak di antara garis pesisir dan cerun benua yang secara topografinya lebih kompleks daripada pentas benua. |
continental terrace | teres benua | Geologi | Tiada | Jisim batuan dan enapan yang terletak di bawah dataran pantai, pentas benua, dan cerun benua. |
continental rise | cangkat benua | Geologi | Tiada | Bahagian pinggir benua yang terletak di antara cerun benua dan dataran abis, kecuali kawasan di parit lautan. |