Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.dap.ta.si]/[ber.a.dap.ta.si] | برادڤتاسي

Definisi : membuat penyesuaian: struktur biologi yg berbeza itu ~ secara fungsiannya dgn jenis-jenis persekitaran yg berbeza; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.dap.ta.si]/[ber.a.dap.ta.si] | برادڤتاسي

Definisi : menyesuaikan diri dgn keadaan atau dgn sesuatu yg baru: Manusia mudah ~ dgn persekitarannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beradaptasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ecotypeekotipBiologiGenetikRas dalam spesies tertentu yang beradaptasi secara genetik terhadap persekitaran tertentu.
marginal fitpadanan pinggirPergigianTiadaKawasan pinggir kaviti yang beradaptasi dengan restorasi. Padanan pinggir yang baik tidak menunjukkan perbezaan peralihan di antara fasa restorasi dengan gigi.
marginal deficiencykekurangan pinggirPergigianTiadaSifat pinggir restorasi yang tidak beradaptasi dengan baik dengan permukaan kaviti disebabkan kekurangan bahan restorasi. Ini boleh menyebabkan makanan berkumpul di kawasan pinggir tersebut yang seterusnya mengakibatkan kejadian karies berulang.
eurythermaleuritermalBiologiEkologiBerkaitan dengan organisma yang dapat bermandiri dan beradaptasi terhadap julat suhu yang besar.
land-racesras daratanHerbaBotani dan BioteknologiVarieti tumbuhan yang telah dipulihara sejak zaman dahulu dan telah beradaptasi dalam sesuatu kawasan tertentu. Varieti ini mempunyai ciri istimewa seperti kerintangan terhadap penyakit dan makhluk perosak, toleransi terhadap pH yang rendah atau kandungan garam yang berlebihan dalam tanah. Hasil tuaian varieti ini biasanya rendah berbanding dengan varieti moden.
climbing fibergentian memanjatSains SukanBiomekanikGentian khusus dalam serebelum yang berfungsi untuk membolehkan sistem motor biologi beradaptasi dengan rangsangan sensori baharu bagi membolehkan proses pembelajaran motor.
first-arriver principleprinsip yang tiba duluBiologiGenetikTeori yang mencadangkan bahawa individu yang mula-mula mengkoloni persekitaran baru atau yang beradaptasi dalam nic yang khusus mempunyai kelebihan daripada individu yang datang kemudian semasa pemilihan. prinsip raja gunung.
Emergency Remote Teaching (ERT)Pengajaran Berjarak KecemasanPendidikanTiadaKaedah pengajaran di dalam kelas yang dipindahkan ke medium dalam talian dengan mengalihkan modul pembelajaran secara fizikal untuk beradaptasi secara maya. Kaedah ini dilaksanakan dalam tempoh masa yang suntuk disebabkan berlakunya kecemasan seperti penularan wabak, peperangan dan sebagainya yang menjejaskan pengajaran dan pembelajaran.
ecogeographical divergencepencapahan ekogeografiBiologiGenetikEvolusi dua atau lebih spesies yang berbeza daripada satu spesies leluhurnya yang sama, apabila setiap spesies baru hidup dalam kawasan geografi berbeza dan beradaptasi dalam habitat masing-masing.
tidal marshrawang pasang surutSains MarinTiadaRawa yang mempunyai jumlah kandungan air yang selalu berubah-ubah disebabkan oleh pengaruh pasang surut air laut. Air selalu berganti dalam beberapa waktu mengakibatkan keadaan air menjadi tidak terlalu masin sehingga beberapa spesies fauna dan flora mampu beradaptasi dalam lingkungan ini.
12

Kembali ke atas