Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ak.si]/[be.rak.si] | براکسي

Definisi : 1. bertindak, bergerak melakukan sesuatu: pasukan keselamatan ~ membasmi pengganas-pengganas; 2. berlagak, berting­kah laku (yg menunjuk-nunjuk), bergaya: datangnya lambat, hendak ~ agaknya; 3. berpura-pura, buat-buat: ~ sahaja hendak menolong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ak.si]/[be.rak.si] | براکسي

Definisi : 1 bertingkah laku yg dibuat-buat; berlagak. 2 bergerak melakukan sesuatu; bertindak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beraksi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
overactlebih lakonKesusasteraanTiadaBeraksi berlebih-lebihan sehingga tidak baik jadinya.
dramatic monologuemonolog dramatikKesusasteraanTiadaPuisi lirik yang memperlihatkan jiwa beraksi melalui percakapan satu watak dalam suatu situasi dramatik.
background projectionpancar latarPendidikanTiadaTeknik dalam persembahan yang aktornya beraksi di hadapan layar dan gambar tertentu ditayangkan dari belakangnya.
acting arearuang lakonKesenianDrama dan TeaterKawasan yang menjadi tempat pelakon beraksi.
setsetKesenianDrama dan TeaterRekaan binaan hiasan atau prop yang mempunyai bentuk tiga dimensi yang dibina di atas pentas untuk pelakon beraksi di atasnya.
monodramamonodramaKesusasteraanTiadaDrama yang dilakonkan oleh seorang pelakon sahaja. Drama ini boleh dianggap suatu monolog dramatik. Dalam monodrama, seorang pelakon boleh mengambil semua peranan dalam persembahan, iaitu beraksi, mengucapkan semua dialog dan menyanyi. Monodrama dikenali juga sebagai lakonan solo. Contoh monodrama daripada teater tradisional ialah Dalang Wayang Kulit, Tok Selampit dan Awang Belanga (Batil). Contoh lain ialah Emily of Emerald Hill oleh Stella Kon. Lihat juga monolog dramatik.
demilitarized zone(DMZ)zon bebas tentera (DMZ)Teknologi MaklumatTiadaHos komputer atau rangkaian kecil yang diselitkan di antara rangkaian persendirian syarikat dengan rangkaian awam di luar sebagai "zon berkecuali". Zon ini menghalang pengguna di luar daripada mencapai pelayan yang mengandungi data syarikat secara terus. Zon ini merupakan pendekatan opsyenal dan lebih selamat berbanding tembok api. Ia juga beraksi dengan efektif sebagai pelayan proksi. DMZ mendapat nama daripada zon penimbal geografik yang dipasang di antara Korea Utara dengan Korea Selatan berikutan perang pada awal tahun 1950-an.
Commedia dell�artecommedia dell�arteKesusasteraanTiadaBentuk drama komik yang terdapat di Itali pada pertengahan kurun ke-16. Dua aspek penting commedia dell arte ialah improvisasi dan watak stok. Para pelakon mengimprovisasikan cerita berdasarkan senario cerita. Gaya persembahan- nya hampir sama dengan bangsawan yang menggunakan improvisasi dan watak stok. Watak stok boleh dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, watak lurus yang diwakili oleh remaja atau orang muda yang sedang bercinta, dan watak tampak cerdik, kacak dan berpelajaran. Orang muda atau hero dikenali sebagai innamorato atau amoroso, manakala heroin dipanggil innamorata. Kedua, watak luar biasa yang beraksi dan berkelakuan secara berlebih-lebihan. Contohnya, capitano, pantalone, dottore dan harlequin.

Kembali ke atas