Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.lih]/[ber.a.lih] | براليه

Definisi : 1. bergerak dr satu tempat ke tempat yg lain, pergi (ke tempat lain): dia ~ dr situ apabila orang itu berjalan menghampirinya; 2. berpindah (ke tempat, pusat pentadbiran, dll yg lain): dr Singapura, dia ~ ke Kuala Lumpur; pusat kuasa politik ~ dr Yedo ke ibu kota purba Kyoto; 3. bertukar (ke hala, tumpuan, tajuk atau perkara dll yg lain): pandangannya ~ kpd laki-laki itu; perbualan mereka ~ ke perkara lain pula; 4. berganti, bertukar, berubah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.lih]/[ber.a.lih] | براليه

Definisi : 1 bertukar ke tempat lain; berpindah: Pejabat tsb telah ~ dr Jalan Pudu ke Jalan Ampang. 2 berganti dgn yg lain; berubah kpd (dgn) sesuatu yg lain: Setelah selesai acara yg pertama, mereka pun ~ ke acara yg berikutnya pula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beralih

Puisi
 

Sayang senduduk di atas bukit,
     Pokok dedap sudah tumbang;
Beralih duduk jauh sedikit,
     Beralih cakap terasa bimbang.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Zaman beralih,
     musim bertukar.

Bermaksud :

Segala sesuatu (peraturan, hukum dan sebagainya) hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bunga bintang beralihbunga bintang beralihKesenianTiadaMotif tenunan berunsur kosmos berbentuk bintang. Di Sarawak dikenali dengan tapak sulaiman.
jockeyingberalih giliranPentadbiranTiadaBerpindah-pindah antara baris giliran.
transient populationpenduduk beralihGeografiTiadaTiada
swing voteundi beralih/undi berpindahSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
swing voteundi beralihSains PolitikPolitik PerbandinganUndi yang berpindah secara besar-besaran dari satu pihak kepada pihak lain. Perpindahan undi yang besar ini berlaku kerana faktor-faktor seperti kemelesetan ekonomi, konflik kepimpinan yang berlaku atau pentadbiran yang lemah sehingga menyebabkan pengundi secara beramai-ramai mengalihkan sokongan mereka kepada pihak lain. Keadaan ini boleh menyebabkan satu kawasan yang biasanya menjadi penguasaan suatu parti itu tewas dan mula dikuasai oleh parti lain. Contohnya, undi kepada parti PAS Dewan Undangan Negeri Terengganu telah berpindah kepada BN pada tahun 2004. Sinonim undi berpindah.
switching costkos pengalihanPengurusanPerancanganKos yang perlu ditanggung oleh pelanggan apabila mereka menukarkan penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan kepada produk atau perkhidmatan alternatif yang lain. Pelanggan lazimnya beralih kepada produk atau perkhidmatan lain disebabkan produk atau perkhidmatan tersebut lebih baik dan menjimatkan kos dalam jangka panjang. Contohnya, kos yang ditanggung oleh pelanggan khidmat telekomunikasi syarikat A apabila pelanggan itu masih berada dalam tempoh kontrak perkhidmatan tetapi menghentikan langganan dengan syarikat A dan beralih kepada syarikat B. Kos pengalihan ini adalah dalam bentuk caj penalti yang dikenakan oleh syarikat A kepada pelanggan tersebut kerana menamatkan perkhidmatan lebih awal. Kemungkinan untuk pelanggan beralih kepada produk atau perkhidmatan alternatif sangat tinggi apabila kos pengalihan adalah kecil dan tidak membebankan mereka.
desynchronosisgangguan ritma harian / beralih anginPelanconganTiadalihat: jet lag
jet laggangguan ritma harian / beralih anginPelanconganTiadaGangguan fizikal yang dialami oleh seseorang akibat perubahan kepada kebiasaan yang mengiringi perjalanan jarak jauh atau perselisihan masa dan biasanya menyebabkan pelbagai gejala seperti tidak boleh tidur.
seat rotationpusingan tempat dudukPelanconganTiadaKonsep beralih kedudukan yang diamalkan oleh syarikat pengembaraan. Konsep ini bertujuan memberikan peluang yang sama kepada setiap pelancong untuk menikmati pemandangan semasa di dalam bas persiaran.
swing voteundi berpindahSains PolitikPolitik PerbandinganLihat undi beralih.
1234

Kembali ke atas